SNOC: Faiz Basha pulang berbekal pengalaman, keyakinan diri

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SNOC: Faiz Basha pulang berbekal pengalaman, keyakinan diri

Faiz Basha duduki tempat ke-35 antara 96 peserta acara slalom di Sukan Olimpik Musim Sejuk
Feb 17, 2026 | 7:48 PM

SNOC: Faiz Basha pulang berbekal pengalaman, keyakinan diri

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Faiz Basha dari Singapura beraksi dalam acara slalom lelaki 1 di Sukan Olimpik Musim Sejuk, di Pusat Ski Stelvio di Bormio, Italy.
Faiz Basha dari Singapura beraksi dalam acara slalom lelaki 1 di Sukan Olimpik Musim Sejuk, di Pusat Ski Stelvio di Bormio, Italy. - Foto: EPA

Atlet Olimpik sukan salji pertama Singapura, Faiz Basha meninggalkan gunung-ganang di Italy berbekal kepercayaan diri yang lebih utuh, pengalaman dan selepas membina batu pengasas untuk cabaran seterusnya, kata Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).

SNOC menulis sedemikian di laman media sosial selepas Faiz mengakhiri acara kedua di Sukan Olimpik Musim Sejuk yang diadakan buat julung-julung kali di dua kawasan, Milan dan Cortina, di Italy.

Menurut SNOC, Faiz kekal tenang dan mengikuti rancangan perlumbaan untuk mengakhiri perlumbaan itu di tempat ke-35 antara 96 peserta lain.

Beliau juga menjerit “Majulah” sebaik sahaja melepasi garisan penamat.

Ini selepas beliau mengharungi permulaan yang sukar dalam penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Musim Sejuk itu pada 14 Februari.

Pada hari tersebut, pemain ski berusia 23 tahun itu menyaksikan percubaannya dalam slalom gergasi lelaki berakhir lebih awal dengan DNF (tidak menamatkan perlumbaan) selepas beliau kehilangan ski kanannya ketika cuba melepasi pintu pagar.

Dua hari menyusuli itu, beliau terpaksa bergelut dengan salji tebal dalam larian slalom pertamanya di Pusat Ski Stelvio di Bormio, Italy.

Namun, beliau berjaya mengharungi keadaan berbahaya untuk mencatat masa 2 minit dan 20.45 saat dalam dua larian untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-35.

Lebih separuh daripada 96 peserta mencatatkan DNF kerana keadaan yang sukar itu.

Loic Meillard dari Switzerland telah dinobatkan sebagai juara slalom lelaki selepas beliau menamatkan perlumbaan dalam masa 1:53.61, dengan Fabio Gstrein dari Austria memenangi pingat perak (1:53.96) dan Henrik Kristoffersen dari Norway memenangi gangsa (1:54.74).

Lucas Pinheiro Braathen, pemenang pingat emas dalam slalom gergasi, kecundang apabila pemain Brazil itu hilang kawalan pada larian pertamanya dan terpaksa membuat penyingkiran awal.

Hanya 44 daripada 96 pemain permulaan, termasuk Faiz, melengkapkan larian pertama.

Acara slalom gergasi dan slalom terdiri daripada dua larian, dengan masa larian ditambah untuk menentukan kedudukan akhir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg