Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bah kian pulih, 273 masih di pusat pemindahan

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



KUANTAN: Sejumlah 273 mangsa banjir di Malaysia masih berada di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri - Pahang, Kedah dan Johor - yang terjejas setakat petang semalam.



Banjir di Johor semakin pulih, dengan 22 mangsa masih di PPS Segamat, manakala Pahang menyaksikan 200 orang berada di empat PPS di Kuantan, 12 di Jerantut, dan 21 lagi di Raub.



Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman, berkata: "Mangsa banjir berkurangan di Kuantan apabila 19 buah PPS ditutup sejak 6 Februari hingga semalam secara berperingkat, apabila 4,644 orang mangsa daripada 1,269 buah keluarga yang terjejas pulang ke rumah masing-masing selepas keadaan banjir pulih.



Beliau berkata paras air di dua batang sungai di Pahang berada di paras amaran bahaya. Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan, merekodkan kenaikan 10.46 meter, sementara Sungai Keratong di Jambatan Bahau - Keratong di Rompin mencatat paras 24.10 meter.



Di Kedah, mangsa banjir yang ditempatkan di Kulim kekal 18 orang daripada enam keluarga, lapor Bernama.



Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melawat mangsa banjir di PPS di Kuantan kelmarin.



Beliau berharap semua mangsa banjir di PPS dapat pulang ke rumah masing-masing dengan segera.



"Saya harap cuaca akan bertambah baik mudah-mudahan, saya harap semua (penduduk) yang terpaksa berpindah boleh pulang ke rumah semua," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >