Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bahrain akan bina pertahanan pantai tangani ancaman kenaikan paras air laut

Aug 18, 2023 | 11:10 AM



MANAMA: Bahrain, sebuah negara pulau di Teluk Arab yang sudah berdepan dengan cuaca panas yang melampau kini sedang bersiap untuk menangani ancaman alam sekitar yang lain iaitu peningkatan paras laut yang boleh melanda sebahagian pantainya.


Menteri Minyak dan Alam Sekitar Bahrain merangkap Wakil Khas Hal Ehwal Iklim, Encik Mohamed Mubarak Daina berkata pada 2024, negara kecil di Teluk akan mula membina pertahanan pantai terhadap paras laut yang kian meningkat, dengan meluaskan pantai, membina tembok laut yang lebih tinggi serta menambak.

“Masyarakat Bahrain berada dalam keadaan rentan. Ancaman utama adalah ancaman yang senyap, iaitu peningkatan paras laut,” kata Encik Mohamed Mubarak di pejabatnya di Manama.

“Menjelang 2050, paras laut boleh meningkat sekurang-kurangnya 0.5 meter,” kata menteri itu, memetik Panel Antara Kerajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perubahan iklim.

Kenaikan drastik setinggi lima meter akan mengakibatkan sebahagian besar negara tersebut tenggelam, termasuk lapangan terbang antarabangsa Bahrain.

Menurut penolong profesor di Universiti Teluk Arab di Manama, Encik Sabah Aljenaid, kenaikan 0.5 hingga dua meter juga boleh menenggelamkan lima hingga 18 peratus daripada keseluruhan kawasan Bahrain.

Bahrain adalah satu-satunya negara pulau dalam kalangan negara-negara kaya sumber minyak di sekitar Teluk.

Kebanyakan penduduk dan kemudahan utama negara itu terletak di kawasan pantai yang rendah, kurang daripada lima meter dari aras paras air.

Pihak berkuasa Bahrain telah merekodkan peningkatan paras laut antara 1.6 milimeter dengan 3.4 milimeter setiap tahun sejak 1976, kata Encik Mohamed Mubarak.

Pulau-pulau lain di seluruh dunia juga terancam oleh kenaikan paras air laut apabila pemanasan sejagat mencairkan kepingan ais dan glasier.

Hakikatnya, Bahrain adalah pengeluar minyak utama, yang bahan pencemar akibat industri berkenaan mencetuskan krisis iklim.

Inisiatif Penyesuaian Sejagat Universiti Notre Dame menyifatkannya sebagai antara negara yang paling terdedah kepada perubahan iklim dalam kalangan negara Arab di Teluk, dan Bahrain selaku antara kawasan paling panas di bumi, turut berdepan ancaman pemanasan global.

Suhu yang melampau akibat perubahan iklim boleh menyebabkan bahagian Teluk tidak dapat didiami menjelang akhir abad ini, menurut pakar.

Ogos ini, sudah dua kali ia memecahkan rekod penggunaan tenaga apabila suhu mencecah 44 darjah Celsius, menyebabkan alat penyaman udara lebih banyak digunakan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >