MANAMA,: Bahrain menarik balik kewarganegaraan sekurang-kurangnya 69 individu yang didakwa bersimpati dengan Iran serta “membantu entiti asing”, menurut arahan rasmi yang dikeluarkan oleh Raja Hamad bin Isa Al Khalifa.

Keputusan itu dibuat berdasarkan peruntukan dalam undang-undang kewarganegaraan negara tersebut yang membenarkan penarikan status warganegara jika seseorang didapati “memudaratkan kepentingan kerajaan atau bertindak bertentangan dengan kewajipan taat setia”.