SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bangladesh di ambang tutup telekomunikasi akibat krisis bahan api

Bangladesh di ambang tutup telekomunikasi akibat krisis bahan api

Apr 21, 2026 | 2:26 PM

Bangladesh di ambang tutup telekomunikasi akibat krisis bahan api

krisis telekomunikasi bangladesh
Kenderaan terpaksa beratur panjang dan menunggu lama bagi mengisi minyak di stesen minyak di Bangladesh ekoran kebimbangan terhadap masalah kekurangan bahan api akibat konflik Timur Tengah. - Foto REUTERS

DHAKA: Bangladesh berdepan penutupan rangkaian telefon bimbit yang meluas tanpa usaha mengatasi masalah kekurangan bahan api yang dicetuskan oleh perang Timur Tengah, kata syarikat pengendali pada 20 April.

Negara Asia Selatan yang mempunyai 170 juta penduduk itu mengimport 95 peratus minyak dan gasnya, kebanyakannya dari Timur Tengah, dan kekurangan bekalan menjejas teruk negara itu, dengan barisan kenderaan di stesen minyak berlarutan sehingga 12 jam.

Persatuan Pengendali Telekom Mudah Alih Bangladesh (Amtob) berkata pada 20 April, operasi telekomunikasi yang berterusan tidak lagi dapat dikekalkan tanpa bahan api yang diperlukan untuk menggerakkan operasi, termasuk pusat data.

“Keadaan semakin genting di luar kawalan operasi,” kata Amtob dalam surat kepada Suruhanjaya Kawal Selia Telekomunikasi Bangladesh (BTRC).

“Jika keadaan ini berterusan, terdapat risiko penutupan rangkaian telekomunikasi berskala besar yang akan berlaku di seluruh bahagian penting negara,” kata persatuan itu

Ia berkata kesannya telah bermula.

“Pengendali rangkaian mudah alih (MNO) sedang mengalami masalah operasi yang teruk disebabkan oleh ketiadaan bekalan tenaga komersial yang berpanjangan dan kekurangan bekalan bahan api yang terjamin untuk sistem sandaran,” tambahnya.

Amtob berkata pusat data menggunakan kira-kira 500 hingga 600 liter diesel sejam atau bersamaan dengan hampir 4,000 liter sehari bagi setiap kemudahan, yang tidak dapat ditampung oleh stesen minyak tempatan.

“Pelbagai kemudahan telekomunikasi penting yang strategik kini beroperasi dengan rizab bahan api yang sangat rendah,” kata persatuan itu.

Setiausaha Agung Amtob, Encik Mohammad Zulfikar, berkata penutupan pusat data akan mewujudkan kesan berantai yang lebih luas.

“Penutupan sebahagian atau sepenuhnya rangkaian boleh menyebabkan panggilan, Internet, mesej khidmat pesanan ringkas dan semua perkhidmatan berkaitan terhenti atau menyebabkan gangguan teruk,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Bangladesh telah menyingkatkan waktu bekerja di pejabat sektor awam dan swasta sebagai sebahagian langkah penjimatan tenaga, selepas bekalan elektrik negara itu terjejas susulan perang Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.

Pemerintah menetapkan waktu operasi baru bagi pejabat awam dan swasta dari 9 pagi hingga 4 petang, manakala perkhidmatan perbankan dipendekkan dari 10 pagi hingga 3 petang.

Setiausaha Bahagian Tenaga dan Sumber Mineral Bangladesh, Encik Monir Hossain Chowdhury, berkata keputusan itu dibuat selepas negara itu berdepan lebih sebulan setengah tanpa import minyak mentah dari Asia Barat berikutan penutupan Selat Hormuz oleh Iran. – Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg