Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bangladesh keluarkan amaran keselamatan sedang bantahan berleluasa

Jul 19, 2024 | 5:54 PM
Penyokong antikuota pekerjaan, bertembung dengan polis dan penyokong Liga Awami, di kawasan Rampura di Dhaka, Bangladesh, pada 18 Julai.
Penyokong antikuota pekerjaan, bertembung dengan polis dan penyokong Liga Awami, di kawasan Rampura di Dhaka, Bangladesh, pada 18 Julai. - Foto REUTERS

DHAKA: Amaran keselamatan tinggi telah dikeluarkan untuk seluruh Bangladesh, kerana pertempuran ganas antara pelajar dengan polis berterusan.

Ibu kota Dhaka lumpuh apabila jaringan Internet terputus hampir keseluruhannya, dengan talian telefon juga tergendala.

Pada petang 18 Julai, beberapa ribu penunjuk perasaan menyerbu stesen penyiar negeri BTV, merosakkan perabot, memecahkan tingkap dan lampu serta membakar sebahagian daripadanya.

Menteri Penerangan Bangladesh memberitahu BBC bahawa siaran telah dihentikan dan kebanyakan pekerja telah meninggalkan bangunan di ibu negara.

Satu hantaran di laman Facebook rasmi BTV sebelum ini memberi amaran, “ramai” terperangkap di dalam bangunan itu, dan merayu bantuan daripada pihak bomba untuk memadamkan kebakaran.

Seorang wartawan kanan BTV, yang tidak mahu namanya didedahkan, memberitahu BBC: “Keadaan sangat teruk, kami tidak mempunyai pilihan lain selain meninggalkan tempat itu.

“Beberapa rakan sekerja kami terperangkap di dalam. Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada mereka.”

Perdana Menteri Sheikh Hasina muncul di rangkaian itu pada malam 17 Julai, merayu agar orang ramai bertenang selepas protes ganas berhari-hari yang menyebabkan sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh dan ratusan cedera.

Pelajar telah mengadakan perhimpunan, menuntut perubahan kepada sistem yang menyimpan satu pertiga daripada pekerjaan sektor awam, untuk saudara-mara veteran perang negara untuk kemerdekaan dari Pakistan pada 1971.

Pelajar berhujah bahawa sistem itu bersifat diskriminasi, meminta pengambilan berdasarkan merit.

Pemerintah telah cuba menghentikan bantahan itu pada 18 Julai, dengan mematikan Internet mudah alih negara.

Sebaliknya, langkah itu memburukkan lagi keadaan, menurut agensi berita AFP.

Cik Hasina telah mengutuk kematian semasa tunjuk perasaan itu, tetapi penganjur bantahan membantah dan menolak sebarang tawaran pemerintah untuk berunding.

Para pelajar yang menyerbu BTV sebelum ini “membakar” sebuah balai polis, kata seorang pegawai di rangkaian itu.

Sementara di tempat lain, BBC Bengali bercakap dengan sekumpulan pelajar perubatan yang berlindung di dalam kawasan kolej perubatan, selepas mereka diserang oleh kumpulan parti yang propemerintah.

“Bantahan kami adalah aman, tetapi cara kami diserang membuatkan saya berasa seperti kami akan dibunuh oleh kumpulan parti yang propemerintah,” ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg