Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bangladesh mohon ekstradisi Sheikh Hasina

Nov 18, 2024 | 12:36 PM
Mantan Perdana Menteri Bangladesh yang diguling Sheikh Hasina kali terakhir dilihat tiba di negara jiran India selepas melarikan diri dengan menggunakan helikopter.
Mantan Perdana Menteri Bangladesh yang diguling Sheikh Hasina kali terakhir dilihat tiba di negara jiran India selepas melarikan diri dengan menggunakan helikopter. - Foto fail

DHAKA: Bangladesh akan menuntut ekstradisi mantan Perdana Menteri Sheikh Hasina yang diguling dalam revolusi pada Ogos dan melarikan diri ke India, kata pemimpin sementara Encik Muhammad Yunus.

Dhaka mengeluarkan waran tangkap ke atas Cik Hasina yang berusia 77 tahun – yang kali terakhir dilihat tiba di negara jiran India selepas melarikan diri dengan helikopter ketika orang ramai menyerbu istananya.

Beliau telah dipanggil untuk hadir ke mahkamah di Dhaka pada 18 November untuk menghadapi tuduhan “pembunuhan beramai-ramai, membunuh dan jenayah terhadap kemanusiaan” tetapi tetap berada dalam buangan di India.

Encik Yunus berkata pentadbirannya mahu memastikan mereka yang bersalah membanteras protes untuk menggulingkan Cik Hasina menghadapi keadilan.

Beberapa mantan menteri pemerintahnya yang telah ditahan, dijangka hadir di mahkamah untuk menghadapi pertuduhan yang sama.

“Kami telah pun mengambil inisiatif membicarakan mereka yang bertanggungjawab terhadap kehilangan secara paksa, membunuh dan melakukan pembunuhan besar-besaran semasa pemberontakan dari Julai hingga Ogos 2024,” kata Encik Yunus pada 17 November.

Pemenang Hadiah Keamanan Nobel berusia 84 tahun itu dilantik untuk mengetuai pemerintah sebagai “ketua penasihat” pada 9 Ogos, beberapa hari selepas tamatnya 15 tahun pemerintahan kuku besi Cik Hasina.

Encik Yunus, dalam ucapan kepada negara yang menandakan 100 hari beliau berkuasa sejak revolusi yang dipimpin oleh pelajar, berkata beliau telah bercakap dengan Encik Karim Khan, ketua pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

“Kami akan meminta ekstradisi autokrat yang digulingkan daripada India,” kata Encik Yunus, merujuk kepada Cik Hasina.

Bangladesh sebelum ini memohon “notis merah” Polis Antarabangsa (Interpol) untuk memburu Cik Hasina.

India adalah anggota Interpol, tetapi notis merah itu tidak bermakna New Delhi mesti menyerahkan Cik Hasina. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg