Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bangladesh sekat akses telefon bimbit kepada Rohingya

Sep 03, 2019 | 09:24 AM



COX’S BAZAR, BANGLADESH - Bangladesh telah mengarahkan pengendali telefon untuk menghentikan akses perkhidmatan telefon bimbit kepada hampir satu juta pelarian Rohingya, yang menetap di kem di tenggara negara itu, pada Isnin (2 September).



Langkah itu berikutan keganasan yang berlaku beberapa minggu lalu di kem tersebut, yang melibatkan penduduknya, yang juga merupakan pelarian dari negeri Rakhine di Myanmar.



Golongan pelarian itu ditindas oleh tentera Myanmar, yang menggunakan keganasan terhadap mereka minoriti Muslim bangsa Rohingya.



Langkah menyekat akses telefon bimbit itu turut dikuat kuasa setelah tiada pelarian yang meluahkan keingingan untuk kembali ke negeri Rakhine pada Ogos lalu. 



Pengendali telefon bimbit diberi tujuh hari untuk membuat laporan mengenai tindakan yang mereka lakukan untuk menutup rangkaian telekomunikasi di kem, kata jurucakap Suruhanjaya Pengawal Telekomunikasi Bangladesh (BTRC), Encik Zakir Hossain Khan.



"Ramai daripada golongan pelarian menggunakan telefon di kem, kami telah meminta penggendali telefon bimbit untuk mengambil tindakan untuk menghentikannya," katanya kepada AFP sambil menyatakan keputusan itu dibuat atas "alasan keselamatan".



Arahan itu telah mengejutkan golongan Rohingya, menurut seorang pemimpin Rohingya yang enggan namanya disiarkan. 



Beliau berkata larangan tersebut akan menjejaskan kehidupan Rohingya, serta mengganggu komunikasi antara kem yang berlainan di Cox's Bazar.



"Kami tidak akan dapat berkomunikasi dengan saudara mara kami yang tinggal di Myanmar atau di negara lain," tambah beliau lagi. 



Menurut beliau, ramai Rohingya bergantung kepada kiriman wang yang dihantar oleh saudara mereka yang berada di luar Bangladesh, dan biasanya akan menerima panggilan telefon untuk memaklumkan pemindahan wang tersebut telah dilakukan.



Sebelum ini, Bangladesh pernah mencuba menyekat akses telefon di Cox’s Bazar, tetapi langkah itu tidak dikuatkuasakan dengan tegas, bahkan, penjualan telefon bimbit dan kad SIM pesat berkembang di kem.



Jurucakap polis Ikbal Hossain menyambut baik langkah penyekatan tersebut, sambil mengatakan golongan pelarian telah "menyalahgunakan" akses telefon bimbit untuk melakukan jenayah seperti menguruskan penjualan pil dadah jenis ‘methamphetamine’, yang bernilai ratusan juta dolar, dari Myanmar.



Polis tempatan berkata hampir 600 kes penyeludupan dadah, pembunuhan, rompakan, pergaduhan antara geng samseng dan perselisihan keluarga telah difailkan terhadap pelarian sejak ketibaan mereka di Bangladesh.



Malah, sejak 2017, pasukan keselamatan Bangladesh telah menembak mati 34 orang Rohingya, atas tuduhan menyeludup dadah ‘methamphetamine’ ke Bangladesh. -Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >