Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BANJIR DI RANTAU

Banjir di Filipina: Lapan maut, 19 hilang

Dec 28, 2022 | 05:30 AM



MANILA: Agensi Bencana Filipina melaporkan sekurang-kurangnya lapan maut dan 19 lain hilang - hampir kesemuanya disebabkan hujan lebat di wilayah selatan dan timur negara itu.



Sambutan Krismas di negara itu turut terbantut bagi ribuan penduduk yang terpaksa berpindah.



Banjir telah memaksa hampir 46,000 orang dipindahkan dari kediaman mereka, kata Pegawai Pertahanan Awam, kelmarin.



Banjir yang berlaku menyuramkan hari cuti terpenting negara yang kebanyakannya menganuti fahaman Katolik.



"Air naik di paras dada di beberapa kawasan, tetapi hari ini hujan telah berhenti," kata pekerja pertahanan awam Robinson Lacre kepada agensi berita AFP melalui telefon dari bandar Gingoog.



Bandar Gingoog menyumbang kepada 33,000 daripada 45,700 mangsa yang dipindahkan dari kediaman mereka.



Sementara itu, pengawal pantai berkata mereka menyelamatkan puluhan keluarga di bandar selatan Ozamiz dan bandar Clarin ketika banjir memuncak.



Gambar yang dikeluarkan oleh pengawal pantai menunjukkan penyelamat berpakaian oren menggendong kanak-kanak kecil yang diambil dari sebuah rumah pada waktu malam di mana rumah itu telah ditenggelami banjir setinggi pinggang.



Empat kematian dengan tiga daripadanya lemas, dilaporkan berlaku di bandar selatan Jimenez dan Tudela yang berdekatan.



Pengawal pantai juga berkata angin kencang dan ombak besar menenggelamkan bot nelayan pada Hari Krismas di luar pantai pulau tengah Leyte.



Dua anak kapal terbunuh manakala enam lagi berjaya diselamatkan.



Berjuta-juta orang pulang ke kampung halaman mereka untuk bertemu keluarga dalam tempoh perayaan Krismas.



Filipina disenaraikan antara negara paling terdedah kepada kesan perubahan iklim malah saintis juga memberi amaran bahawa ribut akan menjadi lebih kuat apabila dunia semakin panas. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >