Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Banjir di Johor tidak banyak berubah

Amaran hujan berterusan tahap waspada hingga 9 Januari di Kluang, Mersing, Kulai, Johor Bahru dan Kota Tinggi
Jan 9, 2024 | 9:23 AM
PINDAHKAN MANGSA: Pihak keselamatan membantu mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor, berpindah ke pusat pemindahan sementara kerana keadaan banjir semakin buruk pada 8 Januari.
PINDAHKAN MANGSA: Pihak keselamatan membantu mangsa banjir di Kota Tinggi, Johor, berpindah ke pusat pemindahan sementara kerana keadaan banjir semakin buruk pada 8 Januari. - Foto FACEBOOK VOICEBH

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor berkurang sedikit kepada 7,341 orang di 49 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah terjejas setakat 8 pagi 9 Januari, berbanding 7,324 orang pada malam 8 Januari.

Sementara itu, berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Negeri Johor, terdapat enam jalan di Kota Tinggi dan satu jalan di Mersing yang terjejas oleh banjir selepas dinaiki air dan semuanya ditutup bagi laluan semua jenis kenderaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) pula mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada (kuning) sehingga 9 Januari di Kluang, Mersing, Kulai, Johor Bahru dan Kota Tinggi.

Namun, tiada sebarang amaran ribut petir dikeluarkan di mana-mana kawasan di negeri ini.

Sementara itu, sungai di Kota Tinggi, seperti Sungai Johor dan Sungai Kepala Orang, dilaporkan sudah melepasi paras bahaya pada 8 pagi 9 Januari.

Berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai lagi, iaitu Sungai Muar di Segamat, Sungai Lenik di Batu Pahat dan Sungai Skudai di Johor Bahru, pula melepasi paras amaran.

Selain itu, terdapat 10 sungai di Johor yang melepasi paras waspada, iaitu Sungai Muar dan Sungai Segamat di Segamat; Sungai Sembrong di Batu Pahat; Sungai Sayong di Kulai; Sungai Sedili Besar di Kota Tinggi; Sungai Jemaluang dan Sungau Endau di Mersing serta Sungai Tiram di Johor Bahru.

Semua daerah di Johor dilaporkan masih mengalami hujan setakat 8 pagi pada 9 Januari kecuali Muar dan Batu Pahat, yang cerah. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg