Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Detik cemas wanita hanyut bersama kereta dalam longkang di Johor

Jan 8, 2024 | 1:16 PM
DETIK CEMAS: Keadaan kereta dinaiki dua wanita selepas dihanyutkan arus deras sejurus terbabas ke longkang. (Gambar sisipan) Seorang awam selamatkan mangsa.
DETIK CEMAS: Keadaan kereta dinaiki dua wanita selepas dihanyutkan arus deras sejurus terbabas ke longkang. (Gambar sisipan) Seorang awam selamatkan mangsa. - Foto BHM ONLINE

JOHOR BAHRU: Dua wanita berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka dihanyutkan arus deras selepas ia terbabas ke longkang di Jalan Johor Bahru-Mersing pada 7 Januari.

Video selama 14 saat mengenai detik cemas itu turut tular di media sosial memaparkan detik seorang wanita yang berpakaian gelap berpaut pada bahagian belakang kereta yang dihanyutkan arus, sambil meminta tolong.

Turut kelihatan tindakan berani seorang lelaki terjun ke longkang untuk menyelamatkan wanita berkenaan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora, mengesahkan kejadian membabitkan kereta dinaiki dua wanita berusia berusia 37 dan 43 tahun.

“Siasatan awal mendapati kereta terbabit terbabas ketika melalui jalan dinaiki air dan masuk ke longkang besar sebelah kanan jalan menghala Kota Tinggi.

“Kedua-dua mangsa diselamatkan orang awam apabila kenderaan dihanyutkan arus air yang deras.

“Pemandu tidak mengalami kecederaan, manakala penumpang cedera ringan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kota Tinggi,” katanya satu laporan polis turut diterima mengenai kejadian itu.

Sementara itu, penyelamat mangsa wanita itu, Encik Choo Ngiam Choong, 50-an tahun, berkata: “Saya tak fikir panjang dan terus terjun untuk selamatkan wanita itu selepas melihatnya hanyut dibawa arus deras.”

Ketika kejadian kira-kira 8 pagi itu, beliau dalam perjalanan menikmati sarapan dari Kota Tinggi menuju Mawai, sebelum menghentikan kenderaan sebaik melihat rakannya menghentikan kereta.

Katanya, beliau terkejut mendapati sebuah kereta hanyut dalam longkang dengan dua wanita turut dihanyutkan arus deras, lapor BHM.

“Seorang wanita sempat menyelamatkan diri, manakala seorang lagi hanyut... melihatkan berisiko untuk lemas, saya terus terjun untuk mencapai wanita itu dan beberapa rakan serta orang awam berada di tempat kejadian juga membantu.

“Saya bersyukur dan sangat gembira dapat menyelamatkan wanita itu dalam tempoh kurang lima saat bagi mengelakkannya ditimpa kejadian tidak diingini,” ujarnya.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg