Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Banjir di Kota Tinggi makin teruk

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Banjir di Kota Tinggi makin teruk

Jan 08, 2024 | 06:04 PM



KOTA TINGGI: Pihak berkuasa dan keselamatan menasihatkan orang ramai untuk menangguhkan perjalanan ke bandar Kota Tinggi, Johor, susulan banjir teruk yang melanda daerah itu sejak 7 Januari.


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata saranan itu dibuat susulan peningkatan paras air di kawasan berkenaan sehingga mencecah ketinggian tiga meter di kawasan rendah, sekali gus mendatangkan risiko.

Menurutnya, pengguna jalan raya boleh melalui jalan alternatif untuk keluar dari Bandar Kota Tinggi ke Johor Bahru dan Mersing.

“Setakat ini masih lagi ada beberapa jalan alternatif yang boleh dilalui untuk keluar daripada Bandar Kota Tinggi ke kawasan Mersing atau Johor Bahru.


“Antaranya Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, Jalan Kota Tinggi - Mersing melalui Bypass dan jalan simpang lampu isyarat Pasak Ke Bandar Penawar untuk ke Johor Bahru, tetapi mengambil masa yang agak panjang kerana pengalihan jalan.


“Buat masa ini saya menyeru kepada penduduk yang terjejas mahupun orang ramai yang ingin memasuki Bandar Kota Tinggi untuk menangguhkan sementara pergerakan mereka.

“Ini berikutan keadaan situasi banjir yang mana banyak jalan-jalan yang masih digenangi air,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM) selepas pemantauan banjir di kawasan sekitar Bandar Kota Tinggi, Johor, pada 8 Januari.


Bagaimanapun, katanya keadaan banjir di Kota Tinggi setakat ini masih terkawal.

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 7,511 orang daripada 2,108 keluarga setakat 4 petang 8 Januari, yang kini berlindung di 50 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata Kota Tinggi kekal menjadi daerah paling terjejas banjir dengan mangsa paling tinggi setakat ini.

Tan Sri Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, mangsa banjir terjejas di Kota Tinggi terus naik kepada 4,397 orang daripada 1,185 keluarga yang ditempatkan di 26 PPS.

Ini diikuti dengan Johor Bahru dengan mangsa seramai 1,271 orang daripada 363 keluarga di enam PPS, manakala Kluang merekodkan 1,680 mangsa daripada 516 keluarga ditempatkan di 14 PPS.

“Kulai pula menyaksikan 86 mangsa terjejas daripada 23 keluarga yang ditempatkan di satu PPS; Segamat merekodkan 60 mangsa banjir terjejas daripada 17 keluarga di dua PPS, sementara Pontian mencatatkan 17 mangsa daripada empat keluarga di satu PPS,” katanya.

Cuaca mendung dan mulai hujan pada petang 8 Januari, sekali gus dibimbangi akan meningkatkan jumlah mangsa banjir.

Selain Johor, Pahang turut dilanda banjir dengan 1,393 mangsa banjir daripada 383 keluarga berada di 26 PPS di daerah Rompin, Pekan dan Maran setakat 4 petang 8 Januari.

BHM melaporkan, Ketua Polis Daerah Maran, Timbalan Superintenden Norzamri Abd Rahman, berkata Jalan Jerantut-Maran ditutup kepada semua kenderaan di beberapa tempat akibat dinaiki air.

Katanya laluan terlibat ialah di Kampung Jara, iaitu penutupan sepanjang 300 meter (m), satu laluan ke Kuil Marathandavar sepanjang 150m dan berhampiran simpang Liyana Tomyam sepanjang 200m.


Sementara itu hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 8 Januari memberi cabaran buat 37 pelajar Tingkatan Lima dan empat pengawas yang terpaksa menaiki kenderaan tentera untuk ke pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab dan SMK Bandar di Kota Tinggi, awal pagi 8 Januari.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan negeri, Cik Norlizah Noh, berkata 36 calon SPM dan dua pegawai peperiksaan dihantar dengan kenderaan tentera dari Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada).

Katanya, pengambilan calon di dua tempat, iaitu kawasan tempat letak kereta Econsave Taman Daiman Jaya dan tempat letak kereta Masjid Jamek Kota Tinggi.

“Tempat pertama membabitkan 12 calon SPM, manakala lokasi kedua 24 calon SPM,” katanya lapor BHM pada 8 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >