Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Banjir kilat, ribut petir di Makkah, seorang guru maut

Aug 24, 2023 | 01:01 PM



MAKKAH: Seorang lelaki mati lemas ketika banjir kilat dan petir sabung-menyabung melanda kota suci Makkah semalaman pada Selasa dan awal Rabu.


Encik Mohammed Al-Twaim, guru di Sekolah Rendah Mina, meninggal dunia ketika cuba melarikan diri daripada keretanya yang ditenggelami air banjir.

Ketika jemaah mengerjakan salah satu rukun umrah dengan mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram, kilat dilihat memanah mercu tanda hotel Menara Diraja Jam Fairmont Makkah, menerangi langit malam.

Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan, Encik Hussein Al-Qahtani, menyatakan bahawa Makkah mengalami ribut berserta angin kencang melebihi 80 kilometer sejam dan 45 milimeter hujan dalam tempoh 24 jam.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku, para jemaah yang berada di luar Masjidil Haram lari lintang-pukang dan ada yang terjatuh ketika mencari perlindungan di tempat lebih selamat.

Ribut juga menyebabkan pengadang di pekarangan Masjidil Haram diterbangkan oleh angin kuat ke pelbagai arah dan lantas menyebabkan keadaan semakin huru-hara.

Berdasarkan video tular yang dikongsi di laman sosial, jemaah yang sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat maghrib dilihat cemas akibat ditiup angin kencang.

“Adegan itu sangat menakutkan,” kata penduduk Makkah yang dikenali sebagai Encik Mohammed, ketika ditemui selepas membeli-belah.

“Semuanya berlaku dalam masa beberapa minit, apabila hujan tiba-tiba turun dengan lebat,” tambahnya.

Seorang lagi penduduk, Encik Abu Mayyada, yang keluar untuk membeli minyak petrol, berkata:

“Semuanya menjadi hitam di hadapan saya ketika ribut yang saya kira paling teruk melanda.

“Tiba-tiba saya hilang kawalan ke atas kereta saya. Saya tak dapat melihat apa-apa dan memberhentikan kereta sambil mendengar lantunan ayat-ayat Al-Quran menerusi siaran radio. Saya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.”

Dalam pada itu, Arab News melaporkan pihak berkuasa Makkah menyatakan sekolah-sekolah akan terus ditutup, dengan kelas dijalankan menerusi wadah e-pembelajaran “demi kepentingan keselamatan semua orang”.


Pusat meteorologi memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya lagi ribut taufan di wilayah Makkah dan tempat-tempat lain di barat Arab Saudi.

Ribut petir dan hujan lebat yang melanda kawasan Makkah itu adalah amat berbeza dengan keadaan cuaca ketika para jemaah dari seantero dunia mengerjakan haji pada Jun.

Lebih 2,000 anggota jemaah haji mengalami tekanan hawa panas semasa mengerjakan ibadah haji, apabila suhu mencecah 48 darjah Celsius ketika itu.

Mereka adalah di antara lebih 1.8 juta jemaah yang menunaikan ibadah haji selama beberapa hari, kebanyakannya berada di kawasan terbuka tatkala cuaca memuncak panas di sekitar padang pasir negara itu.

Seorang pegawai Arab Saudi melaporkan bahawa sekitar 1,700 kes tekanan hawa panas dilaporkan ketika sebilangan besar jemaah masih berada di Tanah Suci itu, sehari selepas rukun terakhir haji dilaksanakan – bilangan itu adalah tambahan kepada 289 kes yang dilaporkan sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >