Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir Libya: Lima penyelamat Greece terkorban dalam nahas jalan raya

Sep 18, 2023 | 07:35 PM



DERNA (Libya): Lima anggota misi bantuan kemanusiaan Greece terkorban dalam satu kemalangan jalan raya di Libya pada Ahad. Dua daripadanya merupakan orang awam, jelas Menteri Pertahanan Greece, Encik Nikos Dendias, dalam satu kenyataan pada Isnin.


Mereka dalam perjalanan bas ke kota Derna yang dilanda banjir besar untuk menawarkan bantuan apabila kenderaan mereka melanggar kereta sebuah keluarga Libya. Dua individu dalam kereta itu cedera parah bersama lapan lagi penumpang bas berkenaan. Siasatan kini sedang dijalankan.

Seminggu setelah banjir itu melanda Derna, banyak keluarga yang masih lagi sebak dan tidak dapat menahan kepiluan kehilangan orang tersayang. Ada juga yang masih lagi dibelenggu tanda tanya mengenai nasib mangsa yang hilang.

“Saya kehilangan anak perempuan saya. Di lubuk hati isteri saya, dia masih yakin anaknya itu masih hidup. Saya pula rasa dia sudah tiada lagi. Saya kini perlu menjaga cucu yang berusia tiga bulan. Apabila melihat apa yang berlaku kepada orang lain, kami reda dan menerima apa yang berlaku kepada keluarga kami,” kata Encik Ahmed Ashour, 62 tahun.

Empangan air di Derna pecah minggu lalu, menyebabkan limpahan air mencurah-curah menyusuri dasar sungai bermusim yang mengalir melalui pusat bandar dengan 120,000 orang. Ribuan orang terkorban manakala ribuan yang lain masih hilang.

Sejauh ini, angka kematian yang disahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencecah 3,922 orang manakala 20,000 orang masih dianggarkan hilang oleh pihak berkuasa Libya.

“Harapan menemukan mereka yang hilang nampaknya bagaikan pudar tetapi kami akan meneruskan usaha mencari mangsa yang mungkin masih bernyawa,” kata Menteri Kesihatan dalam pentadbiran timur Libya, Encik Othman Abduljaleel, yang dihubungi agensi berita Reuters menerusi telefon.


Menurutnya, usaha menyelamat kini tertumpu pada menyelamatkan sesiapa dan menemukan mangsa yang tersembunyi di bawah serpihan runtuhan bangunan di dasar lautan.

Libya terpisah antara dua pemerintah yang bertelagah – pentadbiran yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berpangkalan di ibu kota Tripoli, dan pihak berkuasa yang disokong Mesir dan berpusat di Benghazi. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >