Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BENCANA ALAM ‘SEKALI DALAM SETIAP 100 TAHUN’

Banjir memburuk, lebih 200 sekolah ditutup di utara Sydney

Mar 23, 2021 | 05:30 AM



SYDNEY: Ribuan penduduk diarahkan berpindah manakala lebih 200 sekolah ditutup berikutan banjir buruk di utara Sydney, akibat hujan lebat melanda kawasan Tenggara Australia.



Hujan lebat sepanjang hari itu menyebabkan banjir semakin meluas di kawasan pesisir di negeri New South Wales itu yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi.



Ia terjadi hanya setahun selepas kebakaran akibat perubahan iklim yang belum pernah berlaku sebelumnya di wilayah sama, diikuti kemarau berpanjangan yang menyaksikan Sydney memperkenalkan catuan air.



Bahagian pesisir utara New South Wales adalah yang paling teruk terjejas dan Ketua Menteri New South Wales, Cik Gladys Berejiklian, berkata wilayah itu dilanda bencana alam yang terjadi sekali dalam setiap 100 tahun.



Di Lembah Hawkesbury-Nepean yang luas di Sydney, paras air sungai dijangka meningkat ke tahap yang tidak pernah dilihat sejak tahun 1961, selepas Empangan Warragamba, yang membekalkan sebahagian besar bekalan air bersih Sydney, melimpah Sabtu lalu.



Pegawai perkhidmatan kecemasan memaklumkan media tempatan bahawa setakat ini 18,000 orang sudah mendapat perintah pemindahan di seluruh negeri, dengan 2000 orang masih berada di pusat pemindahan.



Pihak berkuasa memberi amaran mengenai situasi yang boleh mengancam nyawa walaupun setakat ini belum ada laporan kematian atau kecederaan serius.



Perkhidmatan Kecemasan Negeri menerima 8,700 panggilan bantuan sejak krisis bermula dengan lebih 2,000 daripadanya dalam tempoh 24 jam terakhir, kata pegawai kepada Sky News Australia.



Pihak berkuasa pendidikan menyatakan lebih daripada 200 sekolah ditutup, termasuk beberapa yang mengalami kerosakan dalam banjir.



Biro Ramalan Cuaca juga memberi amaran mengenai keadaan berbahaya hari ini, sebelum menjangkakan cuaca buruk itu mulai reda dijangka pada akhir minggu ini.



Rekod taburan hujan dijangka akan terus turun dalam beberapa hari mendatang ketika banjir merebak ke barat laut negeri itu, dan lebih jauh ke utara ke Queensland.



Pegawai kesihatan berkata hujan lebat dan banjir akan menangguhkan pemberian suntikan vaksin Covid-19 yang dihentikan sementara di Sydney dan sekitarnya kerana masalah bekalan dan penghantaran.



Di Taree kelmarin, 150 orang berlindung di sebuah auditorium yang sebelum ini digunakan sebagai tempat perlindungan mangsa kebakaran semak.



Ketua Eksekutif Kelab Taree, Encik Paul Allen, menggambarkan banjir sebagai bencana dahsyat sehingga beberapa penduduk hilang segala harta benda.



Paras air di Empangan Warragamba yang membekalkan air kepada penduduk Sydney, melimpah semalam sehingga akar menjangkakan ia adalah yang pertama terjadi sejak 1990.



Sementara itu, perkhidmatan kecemasan turut menerima lebih 1,000 panggilan kecemasan meminta bantuan di samping melakukan kira-kira 100 tugas menyelamat sejak malam Sabtu sehingga hari ini.



Hujan dan banjir turut dilaporkan akan menyebabkan kelewatan pemberian suntikan vaksin Covid-19 di bandar ini dan kawasan sekitarnya.



Australia dijadual memulakan fasa pertama suntikan vaksin besar-besaran mulai esok selepas program itu mengalami kelewatan akibat kekurangan bekalan dan menghadapi masalah penghantaran.



Penduduk berpusu-pusu pindah ke pusat pemindahan di utara bandar ini susulan hujan lebat semalam yang melanda wilayah pesisir pantai itu akibat hujan luar biasa pada musim panas. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >