Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bank Dunia beri amaran risiko kemelesetan meningkat ekoran kadar faedah lebih tinggi

Sep 17, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Dunia mungkin terjerumus ke dalam kemelesetan pada 2023 ketika bank-bank pusat di seluruh dunia secara serentak menaikkan kadar faedah sebagai tindak balas terhadap inflasi, Bank Dunia memberi amaran.



Bank-bank pusat sejagat menaikkan kadar faedah tahun ini pada tahap yang tidak pernah disaksikan sejak lima dekad lalu, trend yang berkemungkinan berterusan sehingga tahun depan, kata Bank Dunia dalam satu kajian terbaru.



Namun trajektori kenaikan kadar faedah dan tindakan dasar lain mungkin tidak mencukupi untuk menurunkan inflasi global ke paras yang dilihat sebelum pandemik, demikian menurut kajian berkenaan.



Situasi bertambah buruk pada tahun ini dengan pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan perintah berkurung di China.



Pelabur menjangkakan bank-bank pusat akan menaikkan kadar dasar monetari kepada hampir 4 peratus sepanjang 2023, peningkatan sebanyak dua mata peratusan berbanding purata pada 2021, menurut kajian itu.



"Jika ini digabungkan dengan tekanan pasaran kewangan, pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) akan memperlahan kepada 0.5 peratus pada 2023, penguncupan sebanyak 0.4 peratus dari segi per kapita yang memenuhi takrif teknikal kemelesetan global," lapor kajian tersebut.



Pemangku Naib Presiden Pertumbuhan Saksama, Kewangan dan Institusi Bank Dunia, Encik Ayhan Kose, berkata bahawa kenaikan kadar faedah berlaku begitu serentak di beberapa negara, sekali gus menyempitkan persekitaran kewangan dan memperdalamkan lagi kelembapan pertumbuhan global.



"Penggubal dasar di pasaran sedang pesat membangun dan ekonomi sedang membangun perlu bersedia menguruskan potensi kesan daripada pengetatan dasar secara serentak di seluruh dunia," kata Encik Kose.



Krisis kewangan di pasaran sedang pesat membangun dan ekonomi sedang membangun akan memberikan impak yang panjang, menurut kajian berkenaan.



"Kebimbangan utama saya adalah trend ini akan berkekalan, dengan kesan berpanjangan yang buruk kepada penduduk di pasaran sedang pesat membangun dan ekonomi sedang membangun," kata Presiden Bank Dunia, Encik David Malpass.



"Bagi mencapai kadar inflasi rendah, kestabilan mata wang dan pertumbuhan lebih pantas, penggubal dasar perlu mengalihkan tumpuan daripada mengurangkan penggunaan kepada meningkatkan pengeluaran," ujar Encik Malpass.



"Dasar-dasar perlu melihat untuk menjana pelaburan tambahan selain meningkatkan produktiviti dan peruntukan modal, yang penting bagi pertumbuhan serta mengurangkan kemiskinan," tambah Encik Malpass. - Agensi berita.




"Bagi mencapai kadar inflasi rendah, kestabilan mata wang dan pertumbuhan lebih pantas, penggubal dasar perlu mengalihkan tumpuan daripada mengurangkan penggunaan kepada meningkatkan pengeluaran."
- Presiden Bank Dunia, Encik David Malpass.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >