Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bank Dunia, PBB anggar kerosakan prasarana Gaza cecah AS$18.5b

Apr 03, 2024 | 12:51 PM



WASHINGTON: Kerosakan prasarana kritikal dalam empat bulan pertama akibat serangan udara dan darat tentera Israel ke atas Gaza sebagai membalas serangan Hamas pada 7 Oktober, ditaksirkan bernilai $18.5 bilion ($24.9 bilion).


Demikian menurut laporan bersama Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada 2 April.

Laporan penilaian kerosakan sementara, yang menerima sokongan kewangan daripada Kesatuan Eropah, menganggarkan kerosakan adalah bersamaan dengan 97 peratus daripada gabungan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Tebing Barat dan Gaza pada 2022.

Peperangan yang masih belum nampak penghujungnya itu mengakibatkan 26 juta tan serpihan dan runtuhan yang akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dilupuskan.

Laporan itu memperincikan skala kemusnahan prasarana dalam perang Israel-Gaza dan keadaan penduduk yang hidup menderita di wilayah yang telah musnah kemudahan kesihatannya, dilanda kelaparan dek bantuan kemanusiaan yang terhalang atau tidak kesampaian.

Malah, laporan itu mendapati kerosakan pada struktur menjejas setiap sektor, dengan perumahan menyumbang 72 peratus daripada kos dan prasarana perkhidmatan awam seperti air, kesihatan dan pendidikan menyumbang 19 peratus, kata Bank Dunia dalam kenyataannya.

Lebih sejuta orang tidak mempunyai rumah dan 75 peratus penduduk kehilangan tempat tinggal, jelas Bank Dunia, sambil menambah bahawa lebih separuh penduduk Gaza berada di ambang kebuluran dan seluruh penduduk mengalami kekurangan makanan dan kekurangan zat makanan yang genting.

“Kesan kumulatif malapetaka ke atas kesihatan fizikal dan mental telah melanda wanita, kanak-kanak, warga tua dan orang kurang upaya adalah yang paling teruk terjejas.

“Kanak-kanak pula dijangka menghadapi kesan sepanjang perkembangan mereka,” tambah Bank Dunia.

Perang meletus apabila kumpulan Hamas menyerang secara mengejut di selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 orang dan 240 yang lain ditahan sebagai tebusan.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, srangan balas tentera Israel yang berterusan ke atas Gaza yang ditadbir Hamas telah membunuh lebih 32,000 orang.

Bahkan, peperangan menyebabkan hampir kesemua 2.3 juta penduduknya hidup berpindah-randah untuk mencari perlindungan

Ia sekali gus meletakkan Gaza di ambang kebuluran dan membawa kepada dakwaan pembunuhan beramai-ramai yang dinafikan Israel.

Israel berkata ia menyasarkan kumpulan militan Hamas yang menggunakan bangunan awam – termasuk blok pangsapuri dan hospital – untuk perlindungan. Namun, Hamas menafikan ia berbuat demikian.

Pemimpin Israel berkata Hamas boleh menamatkan perang dengan menyerah diri, membebaskan semua tebusan yang ditahannya di Gaza.

Pada Januari, syarikat Palestine Investment Fund berkata sekurangnya AS$15 bilion diperlukan untuk membangunkan semula rumah di Gaza – mencerminkan besarnya kemusnahan yang disebabkan oleh serangan Israel.

Pengerusinya, Encik Mohammed Mustafa, berkata laporan antarabangsa menunjukkan 350,000 rumah rosak sepenuhnya atau sebahagiannya di Gaza. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >