Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bantahan di Batam jadi ganas pada Isnin

Sep 11, 2023 | 7:03 PM
JADI GANAS:Ribuan penduduk kelihatan berhimpun di luar bangunan BP Batam pada Isnin.
JADI GANAS:Ribuan penduduk kelihatan berhimpun di luar bangunan BP Batam pada Isnin. - Foto INSTAGRAM/WALHI NASIONAL

Keganasan berlaku di luar salah sebuah bangunan pemerintah di Batam menyusuli satu bantahan terhadap kerja pembangunan Rempang Eco City pada Isnin.

Dipercayai terdapat kecederaan yang dilaporkan, namun tiada perangkaan rasmi yang diberi.

Penunjuk perasaan dikatakan melontar batu dan koktel molotov ke arah pegawai pihak berkuasa, lapor media tempatan.

Menurut laman Antara News, penunjuk perasaan tidak berpuas hati terhadap kerja membangunkan Rempang Eco City yang terletak di Pulau Rempang sekitar 2.5 kilometer ke tenggara Pulau Batam.

Bantahan berlaku di bangunan Badan Pengusahaan Kawasan Perdagangan Bebas dan Pelabuhan Bebas Batam (BP Batam) terletak berhampiran dengan Batam Center – yang terkenal sebagai pelabuhan feri termasuk yang berlabuh dan tiba dari Singapura.

Dilaporkan, penunjuk perasaan memulakan bantahan secara aman namun tiba-tiba menjadi ganas dan mereka mula memecahkan pagar.

View post on Instagram
 

Dalam beberapa video dilihat Berita Harian di media sosial, ribuan warga kelihatan berhimpun di luar bangunan pejabat itu termasuk beberapa penunjuk perasaan yang kelihatan menyuarakan bantahan semasa di atas lori.

Video lain pula menunjukkan penunjuk perasaan melontar batu serta kayu ke arah pegawai bertugas dan merobohkan pagar di luar bangunan tersebut.

Pegawai pihak berkuasa juga kelihatan melepaskan gas pemedih mata dan semburan air untuk meredakan keadaan.

Media tempatan melaporkan bantahan itu berlangsung sejak beberapa hari lalu.

BH telah menghubungi Kementerian Ehwal Luar untuk mendapatkan maklumat terkini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg