Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Polis Riau tumpas sindiket tipu cinta, lagi 42 warga China ditahan

Sep 07, 2023 | 12:17 PM



BATAM: Polis Wilayah Kepulauan Riau telah menahan 42 warga China kerana didakwa terlibat dalam penipuan cinta dalam talian merentasi sempadan di negara asal mereka.


Penangkapan itu dibuat semasa operasi di pulau-pulau berhampiran Batam baru-baru ini.

Salah seorang suspek ialah seorang pelarian dalam senarai dikehendaki Polis Antarabangsa (Interpol) yang dikenali sebagai Lin Yin Xiang.

Dia diberkas pada Rabu ketika serbuan dijalankan di Pulau Kasu dan Bontong.

Operasi polis kali ini dijalankan dengan kerjasama Kementerian Keselamatan Awam China, kata seorang pegawai penguatkuasa undang-undang tempatan.

Suspek dikatakan mencari perlindungan di pulau-pulau terpencil selepas mengetahui rakan-rakan mereka yang beroperasi di Taman Perindustrian Cammo di Batam, telah ditahan polis, kata Ketua Komander, Encik Nasriadi, pengarah unit jenayah khas Polis Wilayah Kepulauan Riau.

Dalam operasi itu, pihak berkuasa merampas telefon bimbit, komputer riba, pasport, dokumen perjalanan dan sejumlah wang tunai daripada suspek.

Encik Nasriadi juga mendedahkan bahawa siasatan telah diperluaskan untuk membongkar penglibatan warga Indonesia yang mungkin memudahkan kedatangan kumpulan penipuan cinta ini ke Batam.

Penipuan cinta biasanya beroperasi di platform media sosial dengan menggunakan identiti palsu untuk mendapatkan kepercayaan mangsa sebelum menipu mereka.

Polis masih belum mendedahkan sama ada suspek akan dihantar pulang ke China atau menghadapi perbicaraan di Indonesia.

Tangkapan itu berlaku hanya lapan hari selepas polis menahan 88 warga China di Batam atas tuduhan yang sama.

Dalam serbuan yang dijalankan pada lewat Ogos itu, lima daripada suspek merupakan wanita.

Jurucakap Polis Wilayah Kepulauan Riau, Encik Zahwani Pandra Arsyad, menyatakan mereka menjalankan kegiatan itu di rumah kedai yang terletak di dalam bangunan dengan kegunaan komersial dan kediaman bercampur, di taman perindustrian.

Polis percaya semua suspek adalah anggota sindiket penipuan menerusi telefon dan penipuan cinta dalam talian.

Kebanyakan mangsa adalah warga China yang kononnya ingin menjalin cinta menerusi Internet. Mangsa yang terpedaya dengan ayat-ayat cinta mereka, kemudian memindahkan wang menerusi pemindahan bank.

Polis percaya sindiket yang telah beroperasi sejak awal tahun ini, menjerat ratusan mangsa di China, tetapi tidak jelas berapa banyak wang yang mereka telah kaup.

“Kami masih menyiasat kes ini, termasuk sama ada ada warga Indonesia dalam kalangan mangsa,” kata Encik Zahwani sambil menambah bahawa tiada seorang pun daripada suspek boleh bercakap atau menulis dalam bahasa Indonesia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >