Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SIDANG PUNCAK G20

AS bantu Indonesia dalam keselamatan makanan dan iklim

Nov 15, 2022 | 05:30 AM



Dari Bali



AMERIKA Syarikat akan membuat pelaburan dalam beberapa bidang termasuk keselamatan makanan dan iklim di Indonesia, menurut Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden.



Beliau berkata ia termasuk pelaburan AS$2.5 bilion ($3.44 bilion) hasil perjanjian antara ExxonMobil dengan syarikat tenaga milik pemerintah Indonesia, Pertamina, dalam bidang karbon.



Encik Biden, yang berada di Bali untuk menghadiri Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) yang bermula hari ini, mengumumkan demikian dalam pertemuannya dengan Presiden Indonesia Encik Joko 'Jokowi' Widodo di The Apurva Kempinski di Nusa Dua, Bali tengah hari semalam.



Encik Biden tiba di Bali malam kelmarin dari Kemboja di mana beliau menghadiri Sidang Puncak Asean dan Asia Timur.



Mengenai perjanjian dengan Pertamina, Amerika berkata ia akan membolehkan sektor industri utama untuk menyahkarbonkan sektor termasuk sektor seperti penapisan minyak, kimia dan keluli.



Ia akan membantu mengurangkan pengeluaran karbon, menawarkan peluang ekonomi bagi pekerja Indonesia dan membantu Indonesia mencapai sasaran sifar bersih menjelang 2060 atau lebih awal.



Satu kajian bersama dijalankan Pertamina dan Exxonmobil menunjukkan bahawa terdapat sebuah tempat penyimpanan berpotensi untuk menyimpan 1 bilion tan karbon di kawasan gas dan minyak Pertamina.



Ia boleh menyimpan pelepasan karbon secara tetap bagi 16 tahun mendatang.



Amerika Syarikat dan Indonesia juga bersetuju melancarkan kompak Millennium Challenge Corporation (MCC) bernilai AS$698 juta untuk membantu menyokong pembangunan prasarana pengangkutan mesra iklim di lima wilayah Indonesia dan 'matlamat pembangunan lain', menurut kenyataan Rumah Putih.



Dana itu termasuk AS$649 juta dari Amerika Syarikat, dan AS$49 juta dari Indonesia.



Dalam pertemuan Presiden Jokowi dengan Presiden Biden semalam, Encik Jokowi melahirkan penghargaan di atas kehadiran Encik Biden di situ.



Beliau berharap Sidang Puncak G20 yang berlangsung selama dua hari itu, akan membuahkan kerjasama yang konkrit.



"Saya harap Sidang Puncak G20 akan dapat menghasilkan kerjasama konkrit yang dapat membantu pemulihan ekonomi sejagat,'' kata Presiden Jokowi.



Dalam pertemuan itu, beliau juga mengetengahkan isu kepentingan kerjasama Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik.



Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak yang juga berada di Bali, berharap anggota G20, yang meliputi negara-negara maju dan membangun terbesar di dunia, akan mengambil tindakan bagi menangani ketidakstabilan antarabangsa dan kenaikan kos sara hidup akibat pencerobahan Russia di Ukraine.



"Setiap isi rumah merasai kesan perang Encik Putin,'' kata kenyataan kerajaan Britain yang dikeluarkan oleh Kedutaan Britain di Indonesia.



Akibat daripada peperangan di Ukraine, harga inflasi di dunia termasuk harga makanan dan bekalan tenaga melonjak.



G20 diharap dapat memastikan kestabilan pasaran antarabangsa dan meredakan beban yang dihadapi oleh penduduk termiskin di dunia.



Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, tidak akan menyertai Sidang Puncak G20. Sebaliknya, beliau diwakili Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, yang tiba di Bali kelmarin.



Beliau dijangka menghadapi kritikan daripada para pemimpin dunia akibat pencerobohan Russia di Ukraine.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >