Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bantuan dihulur apabila Jepun dilanda gempa

Jan 15, 2024 | 5:30 AM
BANTUAN KERAJAAN: Seorang wanita tua menerima makanan yang diberikan oleh tentera Jepun (JSDF). Namun, cuaca sejuk dan salji menimbulkan cabaran untuk bahan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
BANTUAN KERAJAAN: Seorang wanita tua menerima makanan yang diberikan oleh tentera Jepun (JSDF). Namun, cuaca sejuk dan salji menimbulkan cabaran untuk bahan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan. - Foto EPA-EFE

Semasa orang ramai sedang meraikan ketibaan tahun baru pada 1 Januari, Jepun dilanda gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter.

Jumlah mereka yang hilang meningkat tiga kali ganda kepada 323 orang dan angka kematian akibat gempa bumi dahsyat itu turut bertambah kepada 168 orang pada 8 Januari menurut pihak berkuasa tempatan.

USAHA MENYELAMAT: Anggota bomba menggagahkan diri dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa yang hilang di dalam gempa walaupun cuaca sejuk dan salji turun di daerah Ishikawa, Jepun.
USAHA MENYELAMAT: Anggota bomba menggagahkan diri dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa yang hilang di dalam gempa walaupun cuaca sejuk dan salji turun di daerah Ishikawa, Jepun. - Foto EPA-EFE

Menurut Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, mereka telah berusaha untuk menyelamatkan lebih ramai orang, terutamanya bagi penduduk kawasan terpencil.

“Keutamaan pertama ialah untuk menyelamatkan mangsa dari bawah runtuhan, dan mencapai ke masyarakat terpencil,” kata beliau kepada pihak media pada 7 Januari.

Kerajaan telah “mengerahkan beberapa helikopter polis dan bomba” serta kumpulan tentera berjalan kaki untuk sampai ke masyarakat terpencil, tambah beliau.

AKSES TERJEJAS: Jalan raya di beberapa bandar di Jepun turut terjejas dan musnah. Ini juga merupakan satu cabaran bagi pihak penyelamat untuk sampai ke bandar-bandar yang terjejas.
AKSES TERJEJAS: Jalan raya di beberapa bandar di Jepun turut terjejas dan musnah. Ini juga merupakan satu cabaran bagi pihak penyelamat untuk sampai ke bandar-bandar yang terjejas. - Foto REUTERS

Namun, hujan dan salji yang mula turun pada 7 Januari menjadikan usaha menyelamat lebih rumit dan mencabar.

Cuaca sejuk juga memburukkan lagi keadaan bagi lebih 28,800 orang di 404 pusat perlindungan kerajaan.

Ini juga bermakna barangan bantuan mengambil masa yang lama untuk sampai kepada mereka yang memerlukannya.

“Di samping usaha ini, kami perlu memperbaiki keadaan di pusat perlindungan kerajaan, dan juga kesihatan bagi mereka yang sedang menderita akibat bencana ini,” kata Encik Kishida.

Namun, penduduk di Jepun yang terjejas oleh gempa bumi itu ternyata dapat bertahan dan cuba meneruskan kehidupan seharian mereka walaupun ramai daripada anggota keluarga dan rakan mereka belum ditemui.

BANGUNAN MUSNAH: Walaupun Jepun mempunyai kod bangunan yang ketat demi mempersiapkan diri menghadapi gempa bumi, banyak bangunan tetap musnah semasa gempa bumi tersebut. Ini kerana terdapat bangunan lama terutamanya di kawasan jauh dari bandar.
BANGUNAN MUSNAH: Walaupun Jepun mempunyai kod bangunan yang ketat demi mempersiapkan diri menghadapi gempa bumi, banyak bangunan tetap musnah semasa gempa bumi tersebut. Ini kerana terdapat bangunan lama terutamanya di kawasan jauh dari bandar. - Foto AFP

Di bandar Anamizu, seorang lelaki berusia 52 tahun, yang kehilangan anak lelakinya yang berusia 21 tahun, dan ibu bapa mentuanya sedang menanti-menantikan berita tentang isterinya, tiga lagi anaknya dan lebih ramai anggota keluarga yang masih belum lagi ditemui.

“Saya mahu mereka hidup. Saya tidak terfikir bahawa saya akan ditinggalkan sendirian,” katanya kepada pihak media. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg