Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korban gempa Jepun capai 92 orang, 242 hilang

Jan 05, 2024 | 02:03 PM



TOKYO: Angka kematian akibat gempa bumi yang dahsyat di bahagian tengah Jepun meningkat kepada 92 orang pada 5 Januari, kata pihak berkuasa wilayah, dengan jumlah yang hilang pula melonjak kepada 242 orang.


Dua wanita warga emas, telah ditarik dari runtuhan, tetapi harapan mencari mangsa lain yang terselamat pudar, apabila ribuan anggota pasukan penyelamat mengejar masa empat hari, selepas gempa bumi berukuran 7.5 magnitud melanda pada Hari Tahun Baru.

Beribu-ribu penyelamat dari seluruh Jepun telah bertungkus lumus menjalankan operasi, dengan gegaran susulan pula berlaku.

Jalan-jalan raya pula dipenuhi lubang ternganga dan laluan tersekat akibat tanah runtuh di wilayah Ishikawa.

Keadaan ini menjadikan operasi bertambah sulit untuk membawa keluar ratusan penduduk yang terkandas.

Pada petang 4 Januari, sekitar 72 jam selepas gempa melanda, dua wanita warga emas telah dapat ditarik keluar dan masih hidup, dari runtuhan rumah mereka di Wajima.

Salah seorang daripada mereka bernasib baik kerana dapat dikesan oleh anjingnya, bernama Jennifer.

Bandar pelabuhan Wajima di Semenanjung Noto, adalah antara yang paling teruk dilanda gempa itu, dengan bau hangit yang menyengat, menyelubungi ruang udara dan kepulan asap masih lagi kelihatan ekoran kebakaran besar yang memusnahkan ratusan bangunan, pada hari pertama gempa itu melanda.

“Saya sedang berehat pada Hari Tahun Baru, apabila gempa berlaku. Saudara-mara saya semua berada di sana dan kami berseronok,” kata Cik Hiroyuki Hamatani, 53 tahun, kepada agensi berita AFP, sedang sebuah kereta terbakar berhampiran dan bangunan yang rosak dan tiang telegraf tumbang.


“Rumah kami masih berdiri, tetapi tidak selamat untuk didiami sekarang...Saya tidak dapat memikirkan bagaimana masa depan saya,” katanya kepada AFP.


Gegaran kuat yang pertama itu, diikuti ratusan gempa susulan, mencederakan sekurang-kurangnya 330 orang, kata pihak berkuasa tempatan.

Kira-kira 30,000 keluarga tidak mempunyai bekalan elektrik di wilayah Ishikawa, dan 89,800 rumah di sana dan di dua kawasan berjiran, tidak mempunyai bekalan air.

Beratus-ratus orang berada di pusat perlindungan yang disediakan oleh kerajaan.

Kawasan Suzu juga musnah, dengan bot nelayan tenggelam atau terangkat seperti mainan ke pantai dipukul ombak tsunami, yang turut dilaporkan menghanyutkan seorang.

Encik Noriaki Yachi, 79 tahun, menahan sebak selepas isterinya ditarik keluar dari runtuhan di situ dan disahkan meninggal dunia, lapor akhbar harian Asahi Shimbun.


“Kehidupan saya bersamanya adalah bahagia,” kata Encik Yachi.


Gempa bumi telah melanda wilayah Noto dengan kekuatan dan kekerapan yang semakin meningkat sejak lima tahun lalu.

Jepun dihantui oleh gempa bumi besar 9.0 magnitud pada 2011, yang mencetuskan tsunami, menyebabkan kira-kira 18,500 orang maut atau hilang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >