SPH Logo mobile
Langgan|

Bas terjunam ke sungai, sekurang-kurangnya 24 maut di Bangladesh

Bas terjunam ke sungai, sekurang-kurangnya 24 maut di Bangladesh

Mar 26, 2026 | 3:53 PM

Bas terjunam ke sungai, sekurang-kurangnya 24 maut di Bangladesh

Ahli keluarga mangsa meratapi kehilangan selepas sebuah bas terjunam ke dalam Sungai Padma ketika cuba menaiki feri di Rajbari, Bangladesh pada 26 Mac 2026
Ahli keluarga mangsa meratapi kehilangan selepas sebuah bas terjunam ke dalam Sungai Padma ketika cuba menaiki feri di Rajbari, Bangladesh pada 26 Mac 2026 - Foto REUTERS

DHAKA: Sekurang-kurangnya 24 orang maut selepas sebuah bas penumpang yang membawa kira-kira 40 individu terjunam ke dalam Sungai Padma ketika cuba menaiki feri di Bangladesh, kata pihak berkuasa pada 26 Mac.

Kemalangan itu berlaku pada 25 Mac apabila bas tersebut hilang kawalan ketika menghampiri feri di Daulatdia, daerah Rajbari, kira-kira 100 kilometer dari ibu negara, Dhaka. Bas berkenaan terbalik sebelum tenggelam hampir sembilan meter ke dasar sungai, menurut polis serta Jabatan Bomba dan Pertahanan Awam.

Pasukan penyelamat menemui 22 mayat di dalam bas yang tenggelam, termasuk enam lelaki, 11 wanita dan lima kanak-kanak, kata pegawai bomba, Encik Talha Bin Zasim.

“Sehingga kini, 24 kematian disahkan, termasuk dua wanita yang meninggal dunia selepas berjaya diselamatkan,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh empat unit bomba dan 10 penyelam, dengan bantuan tentera, polis, pengawal pantai serta pihak berkuasa tempatan.

Pihak berkuasa bimbang masih terdapat mangsa yang belum ditemui.

Kemalangan jalan raya dan feri sering berlaku di Bangladesh, dengan ratusan nyawa terkorban setiap tahun akibat faktor keselamatan dan keadaan pengangkutan yang mencabar. — Reuters

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg