Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bayern mahu cuba lagi dapatkan Kane

Jul 04, 2023 | 03:41 PM



LONDON: Juara Liga Jerman Bundesliga, Bayern Munich, hampir bersedia melancarkan bidaan baru bagi penyerang Tottenham Hotspur Harry Kane.


Kapten England itu telah dikaitkan dengan Manchester United dan Bayern Munich pada jendela pemindahan musim panas ini dengan Red Devils kemudian menarik diri apabila jelas pengerusi Spurs, Daniel Levy, tidak berhasrat merundingkan pemindahan pemain itu dengan kelab Manchester.

Ini meningkatkan peluang Bayern dalam berurusan dengan Levy untuk menjual Kane di luar negara dengan bayaran yang betul, walaupun terdapat spekulasi bahawa penyerang Tottenham itu mahu kekal di England untuk memecahkan rekod jaringan gol Liga Perdana Alan Shearer.

Selepas tawaran pertama mereka sebanyak £60 juta ($102.78 juta) dengan bayaran tambahan – yang menjadikan jumlah nilai urusan itu berjumlah £70 juta – ditolak, akhbar Daily Mail melaporkan Bayern Munich ‘bersedia untuk membuat tawaran terbaru’ kepada Tottenham.


Laporan itu menambah: “Mereka (Bayern) percaya tawaran sekitar £80 juta dengan bayaran tambahan boleh membuatkan Daniel Levy berminat, sedang Kane pula menunjukkan dirinya berminat.”

Difahamkan, presiden kelab Jerman itu, Uli Hoeness, berpendapat harga bagi pemain berusia 29 tahun itu ‘terlalu mahal’ walaupun rekod jaringannya mengagumkan.

Tetapi bekas pengarah teknikal Bayern, Michael Reschke, menganggap Kane perlu menjadi keutamaan mereka pada jendela pemindahan ini kerana mereka berhasrat memenangi Liga Juara-Juara.

Reschke memberitahu Daily Mail: “Kane adalah salah satu daripada tiga pemain nombor sembilan terbaik di dunia bersama Haaland dan Mbappe. Jika beliau menyertai Bayern, Kane memberi mereka peluang yang lebih besar untuk memenangi Liga Juara-Juara.


“Itulah sebab Bayern berjuang untuk mendapatkannya. Bayern tidak boleh bersaing dalam ‘perang bidaan’ bagi pemain terbaik tetapi mereka masih memikat sesetengah pemain jika mereka menunjukkan keyakinan.”

Pakar pemindahan pemain, Fabrizio Romano, juga memberi perkembangan baru mengenai potensi urusan pembelian itu dan mendakwa Bayern ‘mahu mencuba lagi’ untuk Kane.

Romano menulis dalam ruangan Caught Offsidenya: “Seperti yang kita tahu, Bayern telah mengemukakan bidaan awal minggu ini untuk Harry Kane – 70 juta euro ($103 juta) dengan bayaran tambahan, yang sama sekali tidak cukup untuk meyakinkan Tottenham untuk menjual pemain itu.


“Tiada perundingan pun, Spurs berkata tidak dengan segera dan ia (tawaran) tidak dianggap sebagai sesuatu yang konkrit atau serius.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >