Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Spurs perlu jual Harry Kane: Richards

Jun 06, 2023 | 11:57 AM



LONDON: Tottenham Hotspur harus menjual penyerang Harry Kane untuk memberi pengurus baru, Ange Postecoglou, peluang untuk membina semula skuad, kata bekas pemain pertahanan England dan Manchester City, Micah Richards.


Kane, 29 tahun, adalah penjaring terbanyak sepanjang masa Spurs dengan 280 gol – dan telah menjadi penjaring terbanyak kelab itu dalam setiap musim sejak sembilan tahun lalu.

Kontraknya akan tamat musim depan dan beliau telah dikaitkan dengan Manchester United dan Real Madrid.

“Mereka (Spurs) terlalu bergantung kepadanya,” kata Richards.

Pengurus Celtic, Postecoglou, telah bersetuju untuk menjadi pengurus baru Tottenham pada musim panas ini, menggantikan Antonio Conte yang dipecat pada Mac.

Spurs menduduki tangga kelapan dalam Liga Perdana England (EPL) musim ini dan tidak akan bertanding di Eropah buat kali pertama sejak musim 2009-2010.

Ditanya apa yang Postecoglou perlu lakukan jika Kane mahu meninggalkan Spurs, Richards memberitahu rancangan, Monday Night Club, BBC Radio 5 Live:


“Beliau (Postecoglou) mesti melepaskan Kane. Beliau perlu mendapatkan wang sebanyak mungkin untuk Kane dan membenarkan Spurs membina semula skuad mereka.

“Spurs terlalu bergantung kepada Kane. Setiap kali anda melihat siapa yang menjaringkan gol untuk mereka, ia adalah Kane, Kane, Kane. Mereka memerlukan sesuatu yang lebih.

“Kadang-kadang ia mengecewakan untuk menonton Spurs kerana Kane sangat baik di kedudukan nombor 10 tetapi anda mahu beliau berada di kedudukan berdekatan gol untuk menimbulkan lebih banyak masalah, tetapi beliau terpaksa melakukan segala-galanya sendiri pada masa-masa tertentu.

Jika Kane kekal di Spurs pada musim panas ini, beliau boleh meninggalkan kelab itu pada penghujung musim 2023-2024 dengan perpindahan percuma.

“Apa yang anda lebih suka lakukan? Dapatkan £100 juta ($167.8 juta) musim ini atau biarkan Kane pergi secara percuma tahun depan?” kata Richards.

Pemain pertahanan Wolves, Conor Coady, yang berada dalam skuad Piala Dunia England bersama Kane, berkata:

“Saya faham dari sudut pandangannya dan mengapa beliau mungkin mahu pergi. Saya tidak tahu bagaimana Spurs akan gembira melepaskan Harry Kane. Beliau adalah salah seorang pemain terbaik di dunia.”

Kane sentiasa dikaitkan dengan Manchester United, tetapi juara Eropah 14 kali, Real Madrid, juga berhasrat memperoleh perkhidmatan kapten England itu.

Pemenang Ballon d’Or Karim Benzema meninggalkan Real Madrid selepas 14 tahun dan Kane mendahului senarai Madrid bagi pemain untuk mengganti Benzema.

Jika Kane sertai Madrid, ia boleh menamatkan peluangnya untuk menjadi penjaring terbanyak EPL.

Beliau kini menjaring 213 gol EPL, hanya 47 gol kurang daripada legenda Newcastle, Alan Shearer, yang menjaring 260 gol. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >