Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayi 16 bulan maut selepas terlalu lama ditinggal dalam kereta

Oct 27, 2023 | 11:46 AM
TERBIAR DALAM KERETA: Seorang bayi 16 bulan maut setelah si ayah meninggalkannya dalam kereta untuk tempoh lama pada Rabu di sebuah universiti awam di Terengganu.
TERBIAR DALAM KERETA: Seorang bayi 16 bulan maut setelah si ayah meninggalkannya dalam kereta untuk tempoh lama pada Rabu di sebuah universiti awam di Terengganu. - Foto fail

TERENGGANU: Seorang bayi perempuan berusia 16 bulan maut setelah ayahnya meninggalkan si kecil di dalam kereta untuk tempoh lama.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah universiti awam di Terengganu pada Rabu (25/10).

Menukil laporan media tempatan, ayah bayi itu terlupa untuk membawa anak perempuan beliau ke pusat penjagaan kanak-kanak – yang terletak dalam perkarangan kampus universitiy di mana beliau bekerja - pada sebelah pagi.

Apabila beliau sedar anaknya tertinggal di dalam kereta sekitar 4.30 petang, beliau bergegas ke keretanya dan mendapati bayi tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ayah itu, yang namanya tidak disiarkan, kemudian membawa bayinya ke pusat kesihatan universiti tetapi anaknya itu disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan kata ketua polis daerah Kuala Terengganu, Encik Abdul Rahim Md Din.

“Polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan dan mendapati bayi itu sudah meninggal dunia,” kata Encik Rahim.

Beliau berkata polis sedang menyiasat kes itu di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Di bawah akta itu, individu yang didapati bersalah mendera, mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang membawa kepada kecederaan fizikal dan emosi boleh didenda sehingga RM20,000 (S$5,700), atau dipenjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya.

Menurut laporan The Straits Times (ST), ini merupakan kejadian kedua seumpamanya di Malaysia dalam tempoh sebulan.

Pada awal Oktober di Kuala Lumpur, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta oleh ibu, seorang doktor, selama 10 jam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg