Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Beberapa ladang di Malaysia boleh sambung eksport ayam mulai Oktober

Aug 29, 2022 | 11:03 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia akan menarik balik pengharaman ke atas eksport ayam mulai Oktober ini, namun hanya beberapa ladang ayam yang akan diberi permit untuk mengeksport agar tidak menjejas bekalan bagi keperluan domestik.



Pengerusi pasukan bertindak anti inflasi, Tan Sri Annuar Musa, hari ini (29 Ogos) berkata bahawa kerajaan telah mengizinkan permohonan para pemain industri - kededua pihak setempat dan antarabangsa - untuk membenarkan eksport memandangkan sudah terdapat bekalan ayam berlebihan yang stabil di negara itu sejak beberapa bulan lalu.



"Kabinet telah membincangkannya dan mengambil keputusan bahawa keutamaannya mesti diberi kepada pihak domestik dahulu, meskipun terdapat bekalan berlebihan yang sedikit.



"Ini akan dapat membantu mengurangkan sedikit harga bagi para penduduk setempat.



"Namun memandangkan kami ada kapasiti untuk mengeksport, dan selepas membuat pertimbangan, kami putuskan yang kami akan hanya benarkan beberapa kebun untuk menternak bagi tujuan mengeksport," katanya seperti yang dilaporkan akhbar The Straits Times.



Mereka perlu dapatkan kebenaran Kementerian Pertanian dan Industri Pemakanan dahulu sebelum dibenar mengeksport, tambahnya, tanpa menjelaskan kuantiti yang boleh dijual ke luar negara.



Mekanismenya akan dipantau teliti oleh pasukan bertindak bagi memastikan 70 juta ayam sebulan, atau sekitar 2.3 juta ayam sehari, disediakan untuk kegunaan domestik.



Sebelum pengharaman itu, Malaysia mengeksport 3.6 juta ayam sebulan.



Ia membekalkan sekitar sepertiga ayam ke Singapura, atau hampir 73,000 ton setahun, dan merupakan sumber kedua terbesar, selepas Brazil, bagi ayam yang diimport Singapura.- The Straits Times.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >