Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beberapa orang dipindahkan selepas kedai kopi di Toa Payoh terbakar; tiada kecederaan dilaporkan

Jun 17, 2023 | 5:04 PM
BERJAYA DIPADAMKAN: Kebakaran di kedai kopi di Kim Keat Avenue berlaku pada Jumaat malam dan berjaya dipadamkan tidak lama kemudian oleh SCDF.
BERJAYA DIPADAMKAN: Kebakaran di kedai kopi di Kim Keat Avenue berlaku pada Jumaat malam dan berjaya dipadamkan tidak lama kemudian oleh SCDF. - Foto SHIN MIN

Satu kebakaran berlaku di sebuah kedai kopi di Toa Payoh pada Jumaat malam, dengan tujuh orang di sebuah kedai bertentangan terpaksa dipindahkan.

Tiada kecederaan dilaporkan dan tiada sesiapa berada di dalam kedai kopi di 260 Kim Keat Avenue itu semasa kebakaran, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan Facebook pada Sabtu.

Pihak SCDF telah dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada 11.15 malam.

“Apabila tiba, api dilihat marak di dalam kedai kopi yang ditutup di tingkat satu,” kata SCDF.

“Dilengkapi dengan alat pernafasan, anggota bomba SCDF daripada Balai Bomba Bishan memasuki kedai kopi yang dipenuhi asap untuk melakukan pemadaman kebakaran.”

Kebakaran itu yang melibatkan barangan beberapa gerai di dalam kedai kopi itu berjaya dipadamkan dengan menggunakan dua pancutan air.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg