Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bekalan beras putih tempatan di Selangor mencukupi

Sep 22, 2023 | 11:44 AM



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata bekalan beras putih tempatan di Selangor cukup, sekali gus menasihatkan penduduk supaya tidak membuat pembelian panik.


“Sebenarnya, setakat ini, kita masih mempunyai baki sekitar 20,000 tan beras yang mana ia cukup untuk kegunaan sehingga hujung bulan ini.

“Malah, semalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sudah memanggil Kawalselia Padi dan Beras Selangor.

“Jaminan yang diberikan mereka, kita akan mendapat tambahan bekalan berikutan musim menuai di utara Selangor dan utara Semenanjung, bermula akhir bulan ini (September).

“Justeru, kita tidak ada masalah (bekalan beras). Yang menjadi masalah adalah mereka yang buat-buat cerita mengenainya,” katanya selepas merasmikan Majlis Apresiasi Jualan Ehsan Rahmah dan pelancaran logo baharu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini, pada Khamis lalu.

Datuk Amirudin berkata setakat ini Selangor masih mempunyai 20,000 tan beras tanpa menyentuh stok imbalan.

Katanya, Selangor memerlukan kira-kira 45,500 tan beras sebulan bagi kegunaan lebih enam juta penduduk.

“Kapasiti pengeluaran beras di Selangor adalah 138,903.13 tan setahun, di atas tanah keluasan tanaman padi seluas 18,061.53 hektar, membabitkan seramai 6,871 pesawah.

“Ia bersamaan dengan pengeluaran 4.19 tan metrik bagi setiap hektar. Tetapi, pada tahun lepas (2022) kita berjaya mengeluarkan sebanyak 75,000 tan (beras) sahaja di Sekinchan disebabkan penyakit padi dan cuaca yang tidak menentu,” katanya.

Datuk Amirudin berkata mulai sekarang penduduk Selangor boleh membeli beras lima kilogram dengan harga serendah RM13 ($3.79) di tujuh lokasi.

Lokasi berkenaan adalah outlet Wisma PKPS, Seksyen 14, Shah Alam; outlet Ehsan PKPS, Seksyen 9, Shah Alam; outlet Ehsan PKPS, Meru; Kiosk Ehsan, Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya dan tiga lori jualan bergerak Ehsan PKPS di sekitar Selangor.

“Kepada rakyat Selangor, jika ada kekurangan, maklumkan, kita akan hantar ke lokasi-lokasi berkenaan.

Mereka boleh menghubungi pihak kawal sedia padi dan beras di talian 03-32898419 ataupun 017-2230771 untuk bercakap secara terus ataupun melalui aplikasi WhatsApp.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >