Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Syor sekat beras tempatan kepada warga asing tidak relevan

Sep 21, 2023 | 02:50 PM



KUALA LUMPUR: Cadangan melarang jualan beras putih tempatan kepada warga asing dianggap tidak relevan dan bukan jalan terbaik mengatasi isu kekurangan bahan mentah itu.


Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Cik Nur Asyikin Aminuddin, berkata ia mengambil kira hak semua individu termasuk warga asing mendapatkan bahan makanan itu, selari dengan keperluan asas seorang manusia.

“Memang tak boleh larang sebab ini berkaitan makanan. Ia turut mengambil kira barangan subsidi sekarang terjual di pasaran terbuka,” katanya kepada Berita Harian Malaysia pada Khamis.


Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, bahawa kerajaan tidak bercadang melarang penjualan beras putih tempatan kepada warga asing yang berada di negara ini.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, mengutarakan cadangan berkenaan, susulan kenaikan harga bahan mentah itu.

Cik Nur Asyikin berkata mekanisme terbaik bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan beras ketika ini adalah melalui pemberian kad subsidi, seperti yang dicadangkan sesetengah pihak.

“Untuk barangan subsidi, sepatutnya kita bagi keutamaan kepada rakyat yang lebih memerlukan seperti kumpulan B40 (golongan berpendapatan rendah).

“Mungkin penguatkuasaan boleh dibuat melalui pemberian kad subsidi seperti yang sedang dibincangkan sekarang. Bila ada kad subsidi maka ada rekod pembelian dan pemberian subsidi ini lebih bersasar,” katanya.

Beliau berkata melalui langkah itu juga, secara tidak langsung isu ketirisan barangan subsidi termasuk beras tempatan diseludup negara jiran dapat ditangani.

“Jadi asasnya di sini, kerajaan perlu utamakan keperluan rakyat kita yang lebih memerlukan, perlu buat sesuatu supaya barangan subsidi kita lebih bersasar dan tidak tiris kepada pihak luar,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >