Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas pengarah Pertamina timbang buat rayuan hukuman penjara atas kes rasuah

Jun 26, 2024 | 2:14 PM
rasuah
Didakwa dalam kes rasuah Pertamina, Karen Galaila Agustiawan (tengah) menimbangkan untuk membuat rayuan terhadap hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan ke atasnya dalam kes rasuah berkaitan pembelian gas asli cecair (LNG). - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO

JAKARTA: Bekas presiden pengarah syarikat tenaga negara, Pertamina, Karen Galaila Agustiawan, sedang menimbangkan untuk membuat rayuan terhadap hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan mahkamah ke atasnya dalam kes rasuah berkaitan pembelian gas asli cecair (LNG) dari 2001 hingga 2021.

Pada 24 Jun, panel hakim Mahkamah Rasuah Jakarta mendapati Karen bersalah atas tuduhan rasuah berkaitan pembelian LNG daripada firma Corpus Christi Liquefaction, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, yang dilaporkan mengakibatkan kerugian negara sebanyak 1.8 trilion rupiah ($148 juta), lapor agensi berita rasmi Antara.

Selain hukuman penjara sembilan tahun, mahkamah memerintahkan dia membayar denda 500 juta rupiah.

Hukuman itu kurang dari 11 tahun penjara yang dituntut oleh pendakwa raya Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK).

Pendakwa berhujah bahawa Karen, yang mengetuai firma itu dari 2009 hingga 2014, secara haram memperoleh 1 bilion rupiah dan AS$104,016 ($140,967) serta menyebabkan firma Amerika itu memperoleh $113 juta yang tidak wajar, akibat keputusannya mengimport LNG melalui beberapa syarikat di luar negara.

Keputusan itu dibuat untuk mengelakkan defisit LNG di Indonesia yang telah diramalkan berlaku antara 2009 dengan 2040, lapor The Jakarta Post.

Badan pencegah rasuah itu mendapati Karen gagal menjalankan analisis perniagaan yang betul mengenai perjanjian itu, dan gagal melaporkan perolehan kepada lembaga pesuruhjaya Pertamina.

Ketika ketua hakim, Encik Maryono, bertanya kepada Karen sama ada dia akan merayu menyusuli keputusan itu, Karen memberitahu mahkamah bahawa dia masih menimbangkannya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg