Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas pepimpin kejam Serb Bosnia, Radovan Karadzic, hadapi penghakiman

Mar 24, 2016 | 03:04 PM



THE HAGUE: Hakim jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menyampaikan penghakiman ke atas pemimpin Serb Bosnia masa perang, Radovan Karadzic, pada Khamis (24 Mac).



Karadzic dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam kekejaman paling teruk yang dilakukan di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.



Bekas pemimpin kejam kaum minoriti Serb Bosnia semasa perang 1992-1995 negara Balkan, Karadzic menghadapi tuduhan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan kerana peranannya dalam penyembelihan lebih 100,000 nyawa dan penyingkiran 2.2 juta orang lain.



Karadzic akan menghadapi hakim di Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) pada 8 malam waktu Singapura bagi penghakiman bersejarah.



Bekas ahli psikiatri yang kini berusia 70 tahun itu akan menjadi ahli politik berprofil paling tinggi daripada peperangan Balkan yang dihakimi, selepas bekas orang kuat Serbia, Slobodan Milosevic, mati dalam penjara di The Hague semasa perbicaraan pada 2006.



Karadzic dituduh mengambil bahagian dalam satu skim jenayah untuk "menghapuskan selama-lamanya penduduk Islam dan Croat Bosnia... dari kawasan yang didakwa sebagai wilayah Serb Bosnia".



Ini dilakukan melalui kempen kejam pembersihan etnik, pembunuhan sembarangan, penganiayaan dan keganasan, kata pendakwa ICTY, yang meminta hukuman penjara seumur hidup.



Ditangkap pada 2008 setelah sekian lama lari daripada pengadilan, Karadzic diburu terutamanya kerana peranannya dalam pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica, timur Bosnia, pada 1995.



Hampir 8,000 lelaki dan kanak-kanak lelaki Islam disembelih dan mayat mereka dibuang ke dalam kubur besar-besaran oleh tentera Serb Bosnia, yang mengetepikan pasukan pengaman PBB dari Belanda di kawasan yang seharusnya menjadi "kawasan selamat" itu.



Ia insiden pertumpahan darah paling teruk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua dan telah diputuskan sebagai pembunuhan beramai-ramai oleh dua mahkamah antarabangsa.



Karadzic juga dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di kawasan lain di seluruh Bosnia pada awal 1990-an, termasuk Prijedor, Sanski Most dan Zvornik.



Dia juga dituduh, bersama pemimpin tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic, yang menghadapi tuduhan sama, menjadi dalang pengepungan selama 44 bulan di Sarajevo di mana 10,000 orang awam mati dalam kempen tembak dan serangan tidak henti-henti.



Perbicaraannya bermula pada 2009 dan berakhir pada October 2014. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >