Bekas Presiden Korea S dijel seumur hidup atas kesalahan isytihar darurat tentera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas Presiden Korea S dijel seumur hidup atas kesalahan isytihar darurat tentera

Tindakan cetus krisis politik nasional serta uji ketahanan demokrasi negara
Feb 19, 2026 | 3:48 PM

Bekas Presiden Korea S dijel seumur hidup atas kesalahan isytihar darurat tentera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
yoon suk yeol, penjara, seumur hidup, korea selatan, darurat tentera Korea Selatan 2024, Lee Jae Myung, perbicaraan pemberontakan Seoul, demokrasi Korea Selatan, berita antarabangsa terkini
Seorang individu berjalan di hadapan skrin televisyen yang menyiarkan laporan berita mengenai perbicaraan hukuman kes pemberontakan bekas presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, susulan pengisytiharan darurat tentera yang berlangsung singkat pada Disember 2024, di Seoul, Korea Selatan, pada 19 Februari 2026. - Foto REUTERS

SEOUL: Sebuah mahkamah Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas Presiden Yoon Suk Yeol selepas didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan merancang pemberontakan susulan percubaannya mengisytiharkan darurat tentera pada Disember 2024.

Pendakwa sebelum ini menuntut hukuman mati dalam kes berprofil tinggi itu yang mendapat perhatian meluas di negara yang berdepan perpecahan politik.

Kes tersebut dianggap paling penting setakat ini terhadap pemimpin yang digulingkan itu kerana tindakannya mencetuskan krisis politik nasional serta menguji ketahanan demokrasi negara.

Pada Januari lalu, pendakwa menyatakan pengisytiharan darurat tentera oleh Yoon adalah tidak berperlembagaan dan menyalahi undang-undang.

“Darurat tentera yang diisytiharkan telah menjejas fungsi Perhimpunan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya serta merosakkan susunan demokrasi berperlembagaan liberal,” kata pihak pendakwa.

Di bawah undang-undang Korea Selatan, kesalahan merancang pemberontakan membawa hukuman maksimum mati atau penjara seumur hidup.

Hukuman mati terakhir dijatuhkan pada 2016 tetapi tiada pelaksanaan sejak 1997.

Kawalan keselamatan ketat dilaksanakan di Mahkamah Daerah Pusat Seoul dengan kehadiran ramai anggota polis dan bas polis mengelilingi kawasan mahkamah.

Mahkamah turut menilai dakwaan Yoon menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan tentera menyerbu Parlimen bagi menahan lawannya serta mengarahkan anggota keselamatan mengawal dan menyekat akses ke bangunan penting termasuk ibu pejabat parti pembangkang.

Yoon, 65 tahun, secara tekal menafikan sebarang salah laku, dengan mendakwa tindakannya itu bertujuan melindungi kebebasan dan memulihkan ketertiban perlembagaan daripada apa yang disifatkannya sebagai kediktatoran legislatif yang diterajui pembangkang.

Bekas pendakwa raya itu berhujah beliau mempunyai kuasa presiden untuk mengisytiharkan darurat tentera dan tindakannya bertujuan memberi amaran terhadap halangan politik oleh pembangkang.

Bekas pemimpin itu kini ditahan di Pusat Tahanan Seoul dan dijangka kekal di sana walaupun keputusan mahkamah melibatkan rayuan.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh mengemukakan rayuan dan seterusnya mencabar keputusan di Mahkamah Agung.

Garis panduan kehakiman menetapkan perbicaraan awal diselesaikan dalam tempoh enam bulan dan keseluruhan proses termasuk rayuan dalam dua tahun, namun kes seumpama itu sering berlarutan lebih lama.

Walaupun dibebaskan sekali pun, Yoon masih berdepan masalah undang-undang kerana menghadapi lapan perbicaraan lain.

Pada Januari lalu beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun dalam kes berasingan kerana menghalang pihak berkuasa yang cuba menahannya selepas pengisytiharan darurat tentera, dan beliau telah merayu keputusan tersebut.

Percubaan darurat tentera Yoon hanya berlangsung kira-kira enam jam sebelum dibantah rakyat melalui demonstrasi besar-besaran dan dibatalkan oleh Parlimen.

Namun peristiwa itu memberi kejutan besar kepada Korea Selatan, ekonomi keempat terbesar Asia dan sekutu keselamatan utama Amerika Syarikat yang selama ini dianggap mempunyai demokrasi stabil.

Presiden semasa Encik Lee Jae Myung, yang menang pilihan raya mengejut pada Jun selepas penyingkiran Yoon, memuji tindakan rakyat menolak darurat tentera.

“Ia berlaku kerana ini Republik Korea,” katanya dalam satu kenyataan di wadah X.

Beliau menambah rakyat Korea akan menjadi contoh kepada sejarah manusia.

Kenyataan itu merujuk laporan beberapa ahli akademik mencadangkan rakyat Korea dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan kerana menentang tentera dan polis secara aman bagi mempertahankan demokrasi.

Kes terhadap Yoon kini menjadi simbol ujian besar terhadap sistem perundangan dan politik Korea Selatan serta menandakan satu bab penting dalam sejarah demokrasi negara tersebut. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg