Topic followed successfully
Go to BHkuBekasi susun semula lintasan kereta api tidak rasmi selepas nahas maut
Bekasi susun semula lintasan kereta api tidak rasmi selepas nahas maut
Langkat bagi tingkat keselamatan pengangkutan dan lindungi penduduk yang guna laluan berhampiran rel setiap hari
Apr 30, 2026 | 3:39 PM
Bekasi susun semula lintasan kereta api tidak rasmi selepas nahas maut
Penumpang menaiki kereta api komuter selepas Stesen Bekasi Timur kembali beroperasi susulan pertembungan maut antara kereta api komuter dangan kereta api jarak jauh di Bekasi, di pinggir Jakarta, Indonesia, pada 30 April 2026. - Foto REUTERS
BEKASI: Pemerintah Kota Bekasi, Jawa Barat, mula menyusun semula kawasan lintasan kereta api, dengan tumpuan pada laluan tidak rasmi yang dianggap berisiko tinggi, susulan nahas maut di Bekasi Timur yang mengorbankan 16 orang.
Wali Kota Bekasi, Encik Tri Adhianto Tjahyono, berkata langkah itu sebahagian daripada usaha berterusan pemerintah daerah untuk meningkatkan keselamatan pengangkutan dan melindungi penduduk yang menggunakan laluan berhampiran rel setiap hari.
Laporan berkaitan
Jakarta siasat kaitan teksi elektrik dalam nahas kereta api BekasiApr 29, 2026 | 2:50 PM
15 maut selepas dua tren bertembung di BekasiApr 28, 2026 | 3:10 PM

