Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Belanda, Denmark komited kirim jet pejuang F-16 ke Ukraine

Aug 21, 2023 | 02:13 PM



EINDHOVEN/COPENHAGEN: Belanda dan Denmark akan membekalkan jet pejuang F-16 kepada Ukraine, dengan penghantaran pertama dijangkakan sekitar Tahun Baru, kata perdana menteri kedua-dua negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), pada Ahad semasa lawatan Presiden Ukraine, Encik Volodomyr Zelensky.


Ikrar itu adalah janji pertama F-16 untuk angkatan tentera Ukraine dan dibuat beberapa hari selepas Amerika Syarikat meluluskan kemungkinan penghantaran jet pejuang oleh kedua-dua negara.

Encik Zelensky menyifatkan keputusan itu sebagai “perjanjian terobosan” dan berkata jet pejuang itu akan membantu mengukuhkan pertahanan udara Ukraine dan membantu serangan balasnya terhadap pencerobohan Russia pada 2022.

Denmark akan menghantar 19 jet secara keseluruhan, dengan enam yang pertama akan dihantar ke Ukraine sekitar Tahun Baru, diikuti lapan pada 2024 dan lima pada tahun berikutnya (2025), kata Perdana Menteri Denmark, Encik Mette Frederiksen.

“Kami tahu bahawa kebebasan anda adalah kebebasan kami. Kami juga tahu bahawa anda memerlukan lebih banyak senjata,” kata Encik Frederiksen semasa sidang media bersama Encik Zelensky, di pangkalan udara Skrydstrup di Denmark.

“Inilah sebabnya kami mengumumkan bahawa kami menderma 19 buah jet pejuang F-16,” katanya.

Belanda mempunyai 42 buah F-16 tersedia kesemuanya, tetapi masih belum memutuskan sama ada kesemuanya akan didermakan, kata Perdana Menteri Belanda, Encik Mark Rutte pada Ahad, ketika Presiden Zelensky melawat negara itu.

Belanda dan Denmark telah mengetuai usaha selama berbulan-bulan untuk melatih juruterbang Ukraine untuk menerbangkan F-16 dan akhirnya menghantar jet untuk membantu mengatasi keunggulan udara Russia, yang tenteranya menyerang Ukraine pada Februari 2022.

Menteri Pertahanan Ukraine, Encik Oleksiy Reznikov, pada Sabtu berkata latihan telah dimulakan untuk juruterbang Ukraine, tetapi ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan dan mungkin lebih lama untuk turut melatih jurutera dan mekanik.

Encik Frederiksen berkata, lebih 70 pegawai tentera Ukraine telah tiba di Denmark untuk latihan. Pegawai dari gabungan 11 negara berkata, latihan akan diadakan di Denmark dan Romania.

Ukraine berkata ia menjangkakan beberapa puluh juruterbang akan dilatih. Tidak jelas berapa ramai juruterbang telah tiba di Denmark.

Kedua-dua Belanda dan Denmark mempunyai F-16 yang tersedia untuk didermakan kerana angkatan bersenjata mereka sedang beralih kepada pesawat pejuang F-35 yang lebih baru.

Pada Sabtu, Encik Zelensky berada di Sweden, di mana beliau membincangkan kemungkinan menerima jet Gripen. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >