Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belanda panggil duta Israel, larang dua menteri masuk negara

Jul 29, 2025 | 3:51 PM
FOTO FAIL: Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, berjalan menuju ke Pintu Damaskus di Kota Lama Baitulmaqdis sempena sambutan Hari Baitulmaqdis oleh rakyat Israel, di Baitulmaqdis pada 26 Mei 2025.
FOTO FAIL: Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, berjalan menuju ke Pintu Damaskus di Kota Lama Baitulmaqdis sempena sambutan Hari Baitulmaqdis oleh rakyat Israel, di Baitulmaqdis pada 26 Mei 2025. - Foto REUTERS

AMSTERDAM: Pemerintah Belanda akan memanggil Duta Israel ke Belanda bagi menyatakan bantahan terhadap keadaan di Gaza yang disifatkan sebagai “tidak tertanggung dan tidak dapat dipertahankan,” serta telah mengenakan larangan perjalanan terhadap dua menteri kabinet Israel berhaluan kanan, menurut satu surat rasmi yang diterbitkan lewat 28 Julai.

Menteri-menteri Israel, Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich, tidak lagi dibenarkan memasuki Belanda. Mereka dituduh berulang kali menghasut keganasan terhadap rakyat Palestin dan menyeru kepada “pembersihan etnik” di Jaluran Gaza.

Keputusan Belanda ini selaras dengan tindakan yang diambil bulan lalu oleh Britain, Canada, Australia, New Zealand dan Norway.

Pemerintah Belanda turut menyatakan sokongan terhadap saranan Kesatuan Eropah untuk mengehadkan akses Israel kepada program pembiayaan penyelidikan utama EU, dan akan mendesak agar sekatan perdagangan Eropah dikenakan sekiranya Israel didapati melanggar perjanjiannya dengan EU mengenai peningkatan bekalan bantuan. - REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg