Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA: ANALISIS BERITA

Belanjawan 2023 Anwar dijangka lebih sederhana

Penganalisis: Akan fokus kawal hutang negara, kebajikan rakyat dan tarik pelabur
Feb 24, 2023 | 05:30 AM



KERAJAAN Perpaduan dijangka membentangkan Belanjawan 2023 lebih sederhana, berbanding belanjawan Kerajaan Keluarga Malaysia yang berjumlah RM372.3 bilion ($112.11 bilion).



Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan membentangkan belanjawan sulungnya pada Jumaat, mengambil kira hutang negara telah mencecah 85 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), iaitu RM1.5 trilion, termasuk liabiliti keseluruhan, yang menyebabkan pemerintah bersederhana dalam berbelanja.



"Kerajaan dijangka mengambil pendekatan pelaksanaan subsidi tersasar secara berperingkat, sama ada mengikut produk ataupun mengikut kawasan.



"Tidak dinafikan pendapatan kerajaan terus merosot berbanding KDNK (GDP), iaitu 21.4 peratus (2012) kepada 16.7 peratus (2022), yang seiring pula dengan peningkatan perbelanjaan kerajaan dan hutang negara yang semakin membesar setiap tahun.



"Sebagai contoh, pada akhir Jun 2022, hutang negara hanya RM1.04 trilion, tetapi ia meningkat hampir RM200 billion kepada RM1.2 trilion pada akhir tahun 2022, iaitu dalam tempoh enam bulan sahaja peningkatan hampir 16.7 peratus," kata Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, Penganalisis Ekonomi, Sekolah Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), kepada Berita Harian.



Menurut pandangan beliau, kerajaan baru ini tidak akan memperkenal semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) atas keprihatinan pemulihan ekonomi masih berlangsung, terutama bagi membantu keseluruhan golongan rentan, B40 ('Bottom40', iaitu kumpulan isi rumah terendah di Malaysia dengan pendapatan bulanan purata di bawah RM4,850) dan juga M40 ('Middle 40', iaitu kumpulan isi rumah pertengahan dengan pendapatan bulanan purata RM4,851 hingga RM10,970).



Oleh itu, katanya, tumpuan akan diberi pada memperbaiki kutipan cukai yang lebih berkesan, seperti mengurangkan kegiatan ekonomi hitam yang dianggarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bersaiz 21 peratus daripada GDP semasa.



Selain itu, kerajaan juga mahu memperbetul pengurusan kewangan negara untuk mengurangkan pembaziran yang berleluasa dan merampas kembali aset yang dibawa keluar negara, termasuk melalui pengubahan wang haram atau rasuah.



Dr Aimi Zulhazmi berkata semasa ini Datuk Anwar memberi penekanan pada cabaran kos sara hidup, sekali gus belanjawan baru yang diolah semula akan memfokus pada kebajikan rakyat, subsidi tersasar, bantuan tunai Rahmah kepada B40 dan golongan rentan, serta melaksana Menu Rahmah dengan lebih meluas ke sekolah dan institusi pengajian.



Selain itu, belanjawan akan memberi tumpuan pada hutang negara untuk mengekalkan atau menurunkan paras hutang.



"Kerajaan mempunyai tugas berat dalam mengimbangi keperluan kebajikan rakyat dan peniaga kecil dengan bebanan hutang yang tinggi dan defisit perbelanjaan yang terus meningkat.



"Selain itu, kemelesetan ekonomi global yang dijangka melanda dunia dan sudah pun bermula dengan catatan ekspot negara pada bulan Januari lebih rendah daripada jangkaan awal.



"Oleh itu, KDNK bagi tahun 2023 perlu dipacu oleh ekonomi domestik dan memastikan Malaysia berjaya menarik pelaburan asing supaya KDNK akan kekal positif untuk mengimbangi kemelut ekonomi global yang dijangka meleset keseluruhannya," tambahnya.



Mengenai kekangan kewangan yang sedang dihadapi kerajaan, Dr Aimi Zulhazmi berkata kerajaan akan memperkenal insentif lebih baik bagi pelabur domestik dan luar untuk mempercepat proses pemulihan ekonomi.



Selain itu, populariti dan hubungan baik Datuk Anwar dengan pemimpin negara lain membantu menarik pelabur luar serta menggalak pelabur tempatan mengambil bahagian dalam kegiatan ekonomi dunia secara langsung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >