Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Belum ada keperluan perketat SOP kempen: Khairy

Nov 06, 2022 | 11:39 AM



SUNGAI BULOH: Belum ada keperluan untuk Kementerian Kesihatan (KKM) memperketat atau memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), walaupun kes COVID-19 mencatatkan peningkatan ketika ini.



Menteri Kesihatan, Encik Khairy Jamaluddin, berkata ia berikutan SOP dan langkah pencegahan dan pengurusan COVID-19 sedia ada yang digariskan KKM sudah mencukupi untuk berdepan dengan skala penularan jangkitan semasa.



Katanya, langkah pencegahan dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini sudah mengambil kira faktor kemungkinan berlakunya beberapa gelombang jangkitan, sekali gus masih boleh diguna pakai selagi mana penularan masih terkawal.



"Kita akan sentiasa berdepan gelombang jangkitan. Gelombang ini ada pasang surut. Sekarang naik sedikit, takkan nak patah balik pada apa yang dibuat dulu.



"Tak perlu SOP khusus bagi kempen sebab saya dah janji kepada semua parti politik, kita kempen macam biasa namun berhati-hati, guna logik, bertanggungjawab dan bersolidariti dengan semua orang," katanya ketika ditemui pemberita di Taman Rimba Riang di sini, hari ini (6 November).



Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai peningkatan kes harian COVID-19 yang mencecah 4,621 semalam berbanding 2,090 pada 13 Oktober lalu, peningkatan lebih 120 peratus dalam tempoh 24 hari.



Beberapa tanda utama pengurusan COVID-19 juga mencatatkan peningkatan dalam tempoh itu, dengan purata penggunaan unit rawatan rapi (ICU) seluruh negara bagi kes COVID-19 mencecah 61.1 peratus, manakala kadar kemasukan ke hospital mencecah 72 peratus.



Di sebalik data berkenaan, Encik Khairy menegaskan KKM bersedia berdepan situasi berkenaan menerusi pemberian vaksin dan dos penggalak, selain kini memiliki ubat antiviral Paxlovid untuk merawat pesakit berisiko tinggi.



"Kalau belum dapat suntikan penggalak, terutama warga emas dan yang ada masalah kesihatan, ambil suntikan penggalak.



"Kalau berisiko tinggi, dah boleh mintak pil antiviral Paxlovid di mana-mana klinik kesihatan yang disenaraikan. Pergilah ambil percuma dan makan lima hari saja, Insya-Allah tidak akan masuk hospital.



"Kita ada segalanya untuk berdepan dengan COVID-19 sekarang," katanya.



Beliau juga mengingatkan orang ramai, khususnya individu berisiko tinggi dan warga emas untuk mengambil langkah perlindungan seperti memakai pelitup muka jika ke kawasan tertutup yang sesak



"Pelitup muka masih perisai terbaik untuk menghalang jangkitan COVID-19," katanya. - BHM



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >