Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS beri isyarat sokong undi resolusi bantuan kemanusiaan ke Gaza

Dec 22, 2023 | 04:28 PM



NEW YORK: Selepas berunding dalam susana tegang, Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akhirnya berkata negaranya bersedia untuk menyokong resolusi Majlis Keselamatan yang menggesa bantuan kemanusiaan ditingkatkan bagi penduduk Palestin di Gaza.


Undian mengenai draf resolusi, yang telah berulang kali ditolak selama beberapa hari, tidak dijangka sehingga paling awal 22 Disember.

Duta Besar Amerika itu, Cik Linda Thomas-Greenfield, muncul daripada mesyuarat tertutup anggota Majlis Keselamatan pada malam 21 Disember dengan memberitahu pemberita bahawa Amerika telah “bekerja keras dan tekun sepanjang minggu lalu”, dengan Mesir dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) untuk memastikan “kami meletakkan mekanisme di atas alasan yang akan menyokong bantuan kemanusiaan, dan kami bersedia untuk mengundinya.”

“Saya tidak akan berkongsi bagaimana saya akan mengundi,” katanya, tetapi menambah bahawa jika resolusi itu dikemukakan seperti yang tertulis, “kami boleh menyokong,” lapor The New York Times.


Teks resolusi itu, yang diedarkan selepas beliau bercakap, menggugurkan gesaan versi terdahulu untuk penggantungan permusuhan, sebaliknya menyeru “langkah segera” untuk membenarkan akses kemanusiaan tanpa halangan.

Ia meminta setiausaha agung PBB untuk melantik seorang penyelaras yang ditugaskan untuk “memudahkan, menyelaras, memantau dan mengesahkan” bahawa kargo bantuan adalah bersifat kemanusiaan, yang juga akan “berunding dengan semua pihak yang berkaitan.”

Sebelum kenyataan Cik Thomas-Greenfield, kemarahan terhadap Amerika memuncak dalam kalangan anggota Majlis Keselamatan dan malah sekutu Eropah, kata seorang diplomat.

Beberapa diplomat berkata mereka telah disembunyikan tentang rundingan tertutup antara Amerika dengan Mesir.

Seorang pegawai Amerika berkata bahawa rundingan peringkat tinggi bermula antara Washington dengan Kahirah pada awal 21 Disember untuk mencari titik persamaan mengenai siapa yang akan memeriksa bantuan yang masuk ke Gaza.

Mesir bukan anggota Majlis tetapi terlibat dalam rundingan kerana mengawal lintasan Rafah di sempadan Gaza.

Kahirah mahu PBB mengambil alih pemeriksaan daripada Israel untuk menyelaraskan penyampaian bantuan ke Gaza yang telah berminggu-minggu hanya menerima bantuan makanan, air dan ubatan-ubatan yang terhad.

Amerika, di bawah tekanan Israel, berkata Israel mesti terus terlibat dalam pemeriksaan dan mempertikaikan pemeriksaan PBB akan mempercepatkan penyaluran bantuan.

“PBB telah melakukan kerja-kerja sebegini sebelum ini,” kata Cik Lana Nusseibeh, duta UAE ke PBB, yang mengetuai rundingan mengenai resolusi itu.

“Kini terpulang kepada kita untuk memastikan ia mempunyai sokongan yang teguh untuk bertindak balas terhadap malapetaka di Gaza ini,” tambahnya.

Cik Kate Phillips-Barrasso, naib presiden dasar global dan pembelaan untuk Mercy Corps, sebuah organisasi bantuan global, menggesa Majlis Keselamatan segera bertindak dengan berkata “Gaza sudah kehabisan masa.”

Perbalahan diplomatik di ibu pejabat PBB di Manhattan menyebabkan undian ditangguhkan beberapa kali minggu ini, situasi berlaku ketika keadaan di Gaza semakin memburuk dengan angka kematian terus meningkat.

“Nampaknya Amerika mengambil kesempatan sepenuhnya daripada hasrat Ahli Majlis yang lain untuk mengelak veto.

“Tetapi teks yang ada mula kelihatan sangat lemah dalam banyak bahagian,” kata penganalisis Kumpulan Krisis Antarabangsa, Encik Richard Gowan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >