Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Berita ringkas konflik Israel-Hamas

Nov 1, 2023 | 4:56 PM
LAWAT ISRAEL: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, akan melawat Israel pada Jumaat untuk bertemu para anggota pemerintah di sana dan kemudian membuat persinggahan lain di rantau itu.
LAWAT ISRAEL: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, akan melawat Israel pada Jumaat untuk bertemu para anggota pemerintah di sana dan kemudian membuat persinggahan lain di rantau itu. - Foto REUTERS

AS teroka kemungkinan masa depan Gaza selepas Hamas

Washington: Amerika Syarikat dan negara lain sedang meninjau “pelbagai kemungkinan” untuk masa depan Jaluran Gaza jika Hamas disingkirkan, kata Setiausaha Negara, Encik Anthony Blinken pada Selasa.

Beliau memberitahu Jawatankuasa Peruntukan Senat tentang status Hamas yang bertanggungjawab ke atas wilayah yang mempunyai penduduk padat itu, tidak dapat diteruskan dan Israel juga tidak mahu mengendalikan Gaza. – Agensi berita.

Blinken lawat Israel, temui pemimpin Arab lain

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, akan melawat Israel pada Jumaat untuk bertemu para anggota pemerintah di sana dan kemudian membuat persinggahan lain di rantau itu, kata Jabatan Negara pada Selasa di tengah-tengah konflik Israel-Palestin.

“Setiausaha Blinken akan pergi ke Israel pada Jumaat untuk pertemuan dengan anggota pemerintah Israel, dan kemudian membuat perhentian lain di rantau itu,” kata jurucakap Jabatan Negara, Encik Matthew Miller.

Terdahulu pada Oktober, Encik Blinken melawat Israel, Jordan, Qatar, Bahrain, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir. – Reuters.

Pemberontak Houthi di Yaman lepaskan peluru berpandu ke Israel

YAMAN: Pemberontak Houthi di Yaman menyertai perang Israel-Palestin daripada pusat kuasa mereka di Sanaa, dengan melepaskan dron dan peluru berpandu ke arah Israel dalam serangan yang boleh menimbulkan risiko konflik serantau.

Sebahagian daripada ‘Paksi Penentangan’ yang disokong oleh Iran, Houthi telah bersatu di belakang Palestin sejak Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober, membuka barisan baru untuk gerakan yang telah melancarkan perang selama lapan tahun dengan gabungan yang diketuai Arab Saudi di Teluk. – Agensi berita.

Thailand tawar $1,900 untuk warganya tinggalkan Israel

BANGKOK: Kabinet Thailand bersetuju pada Selasa untuk menawarkan 50,000 baht ($1,900) dan pinjaman mudah kepada pekerja Thailand yang memilih untuk tinggal di Israel kerana komitmen kewangan.

Perdana Menteri, Encik Srettha Thavisin, berkata Kabinet memutuskan untuk menggunakan insentif tunai supaya dapat meyakinkan pekerja warga Thai, pulang ke tanah air memandangkan pertempuran antara Israel dengan Hamas semakin memuncak.

Menurut Kementerian Buruh Thailand, terdapat 30,000 warga Thai di Israel, kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg