Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Bersatu akan bergerak seperti biasa'

Kenyataan Timbalan Presiden Bersatu dibuat susulan keputusan Perhimpunan Agung Umno bubar kerjasama antara kededua parti dalam PRU15
Mar 30, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata parti itu akan terus bergerak seperti biasa malah lebih bersemangat dengan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN).



Katanya, tiada apa yang beliau boleh katakan mengenai keputusan perwakilan Umno berhubung kerjasama politik kedua-dua parti.



"Jika perwakilan Umno berpandangan itulah kehendak ahli akar umbi mereka dan kemahuan orang Melayu, tiada apa yang dapat dikatakan lagi," katanya sebagai mengulas keputusan Perhimpunan Agung Umno yang berakhir kelmarin.



Perhimpunan itu meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum Ke-15 (PRU-15) dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) diteruskan hingga pembubaran Parlimen.



Usul Ucapan Dasar Presiden itu diluluskan sebulat suara pada petang kelmarin selepas dicadangkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad dan disokong oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Ghani.



Perhimpunan itu juga bersetuju dengan gesaan akar umbi dan kepimpinan supaya PRU-15 diadakan segera bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil untuk menjamin kemakmuran negara kembali di landasan dan kehidupan rakyat disejahterakan.



Selain itu, ia turut mengambil ketetapan mempertahankan, memperkukuh dan memperkasa Muafakat Nasional (MN) berasaskan piagam yang dimeterai pada 14 September 2019, selain menggunakan jenama Barisan Nasional (BN) pada PRU-15.



Keputusan itu bermakna sekurang-kurangnya tiga blok utama akan bersaing bagi sebahagian besar 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.



Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjanji membubarkan Parlimen apabila keadaan darurat untuk mengatasi Covid-19 ditarik balik menjelang Ogos, dan beliau kini harus menangkis bukan hanya pemimpin pembangkang Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahkan BN pimpinan Umno.



Sementara itu, Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) berharap keputusan Umno tidak bekerjasama dengan Bersatu tidak akan menjejaskan MN yang dirintis antara dua parti itu.



Ketuanya, Encik Khairil Nizam Khirudin, berkata ia juga tidak menjadi antara penghalang kepada agenda perpaduan ummah yang diperjuangkan PAS khususnya bersama Bersatu melalui PN serta badan bukan kerajaan (NGO) lain.



"Meskipun Umno sudah meluluskan usul untuk tidak bersama dengan Bersatu dalam PRU-15 dan akan menarik sokongan kepada kerajaan PN pada bila-bila masa, kami pemuda PAS terus komited untuk berunding demi agenda perpaduan ummah dalam kalangan anak muda bagi konteks lebih besar dan merentasi politik kepartian serta agenda mendapatkan kuasa semata-mata," katanya.



Semasa menutup perhimpunan agung itu kelmarin, ketua Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata:



"Para perwakilan telah memberi mandat kepada presiden dan majlis tertinggi untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan PN... jika tidak ada petanda pilihan raya segera."



BN, katanya, juga mesti bersedia untuk bertanding sendirian dalam pilihan raya akan datang.



Beliau turut menegaskan tiada kerjasama dengan Datuk Anwar dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).



"Saya ingin membuat pendirian jelas, tidak Bersatu, tidak Anwar, tidak DAP!" katanya.



Namun beliau menimbulkan kemungkinan berlaku 'pelarasan politik baru' selepas pilihan raya akan datang.



Perkara itu akan difikirkan jika diperlukan untuk menyelesaikan ketidakstabilan politik yang melanda negara itu.



Namun, Umno mesti "memilih rakan yang betul, ikhlas dan jujur dalam membentuk kerajaan seterusnya", kata Datuk Ahmad Zahid. - BHM, ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >