Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bersih ingatkan Anwar, Saifuddin usah guna aset kerajaan semasa berkempen

Aug 6, 2023 | 9:55 AM
KEMPEN DENGAN ADIL: Bersih berkata penjawat politik, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berkempen secara adil.
KEMPEN DENGAN ADIL: Bersih berkata penjawat politik, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berkempen secara adil. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Pertubuhan pengamat politik, Bersih menggesa menteri kerajaan federal supaya tidak menggunakan aset kerajaan semasa berkempen di enam negeri yang bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana ia perbuatan tidak adil.

Bersih berkata ia telah meninjau kegiatan politik menjelang Hari Mengundi pada 12 Ogos dan merujuk kepada tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggunakan helikopter kerajaan untuk melawat perkampungan Felda di Kedah.

“Menggunakan aset kerajaan untuk berkempen tidak adil. Menteri dan kerajaan federal tidak seharusnya mencampurkan kerja rasmi kerajaan dengan kegiatan berkempen.

“Jika digunakan untuk berkempen, kos tambahan seperti gas dan minyak bagi helikopter dan kenderaan kerajaan lain harus ditanggung oleh pengguna dan bayaran perlu diberitahu kepada awam, dari sudut prinsip.

“Tambahan pula, tokoh politik tidak seharusnya menggunakan kenderaan sedemikian untuk menunjuk-nunjuk atau berkelakuan seperti ia dimiliki mereka atau dibeli menggunakan wang sendiri. Kelakuan angkuh sedemikian hanya akan menghantuinya di masa depan,” kata Bersih dalam satu kenyataan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg