Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden: Amerika bersiap kembali jadi teraju di pentas dunia

Presiden Dipilih perkenal calon pasukan keselamatan sekali gus beri isyarat ingin ubah dasar nasionalisme Trump
US
Nov 26, 2020 | 05:30 AM



WILMINGTON (Delaware): Presiden Dipilih Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata negara itu akan "bersiap untuk memimpin" sekali lagi di pentas sejagat - mengubah laluan dasar sehala yang diambil Presiden Donald Trump - sedang beliau berjanji mahu bekerjasama dengan sekutu Washington.



Memperkenalkan dasar luar negaranya serta pasukan keselamatan negara, mantan naib presiden itu memberi isyarat bahawa beliau berhasrat menukar dasar nasionalisme 'Amerika Diutamakan' yang diambil Encik Trump setelah memegang jawatan presiden pada 20 Januari ini, lapor Reuters.



Pendekatan Encik Trump telah mengecewakan banyak sekutu Amerika, di Eropah dan di rantau lain, dengan pendekatan kurang mesra terhadap pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan hubungan perdagangan, meninggalkan perjanjian antarabangsa selain hubungan hangat dengan pemimpin autoritarian.



Encik Biden berkata pasukannya, yang termasuk pembantu yang dipercayai, Encik Antony Blinken, sebagai calonnya bagi jawatan setiausaha negara Amerika, akan meninggalkan pendekatan apa yang digambarkan oleh Presiden Dipilih itu sebagai "pemikiran lama dan tabiat yang tidak berubah" dalam pendekatannya kepada isu dunia.



"Ia satu pasukan yang mencerminkan hakikat bahawa Amerika telah kembali, siap memimpin dunia, tidak mundur daripadanya, sekali lagi duduk di kepala meja, bersedia menghadapi musuh kita dan tidak menolak sekutu kita, bersedia membela nilai-nilai kita," kata Encik Biden di satu majlis di tempat kediamannya di Wilmington, Delaware.



Dunia telah jauh berubah sejak Demokrat kali terakhir menguasai Rumah Putih empat tahun lalu.



China semakin meningkat dan berani, Russia berusaha meluaskan pengaruhnya, pengaruh Amerika pula telah berkurangan sedang ia menarik diri daripada beberapa perjanjian dunia, dan kewibawaan moral Amerika telah terjejas oleh kekacauan di negara itu sendiri.



Encik Biden juga telah mengangkat Jake Sullivan sebagai penasihat keselamatan negara; Linda Thomas-Greenfield sebagai duta Amerika ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB); Alejandro Mayorkas sebagai setiausaha keselamatan dalam negara; dan John Kerry sebagai utusan khas dalam isu berkaitan iklim.



Dasar luar Amerika di bawah pentadbiran Biden dijangka lebih cenderung untuk menumpukan kepada pendekatan pelbagai tahap dan diplomatik yang bertujuan memperbaiki hubungan Washington dengan sekutu utama Amerika dan mengambil jalan baru dalam isu seperti perubahan iklim.



Encik Biden memaklumkan bawah beliau telah berhubungan dengan sekitar 20 pemimpin dunia tentang "betapa mereka menantikan peranan Amerika dalam menegaskan kembali peranan utamanya sebagai pemimpin global di Pasifik, dan juga Atlantik, di seluruh dunia."



Beliau menambah bahawa kepercayaan utamanya adalah "Amerika paling kuat apabila ia bekerjasama dengan sekutunya."



"Begitulah cara kita benar-benar menjaga keselamatan Amerika tanpa terlibat dalam konflik ketenteraan yang tidak perlu, dan musuh kita dalam keadaan terkawal serta pengganas disekat," kata Encik Biden, yang juga menyebut tentang cabaran mengawal pandemik masa kini dan yang akan datang, perubahan iklim, penularan nuklear, ancaman siber dan peluasan penguasa autoritarianisme.



Namun Encik Biden tidak merujuk kepada perang terpanjang negara itu - konflik Afghanistan - sedang Encik Trump mengambil tindakan mengurangkan bilangan tentera Amerika di negara Asia itu, lapor Reuters.



Encik Biden telah bergerak pantas mengumpul pasukannya dan membuat pilihan Kabinet setelah mengalahkan Encik Trump dalam pilihan raya 3 November, sedang Encik Trump cuba mengambil tindakan undang-undang untuk membatalkan keputusan pilihan raya itu, dengan mendakwa, tanpa bukti, adanya penipuan meluas.



Encik Biden menggesa Senat agar mengesahkan kumpulan calonnya sambil menyatakan harapannya bekerjasama dengan anggota Republikan "dengan niat baik untuk majukan negara ini."



"Mari kita mulakan kerja itu... untuk menyembuhkan dan menyatukan Amerika dan juga dunia," tambah Encik Biden. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >