Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden bincang perantaraan dengan Amir Qatar sedang menteri Israel lawat Washington

Dec 27, 2023 | 12:30 PM



DOHA/WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah menghubungi Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, menerusi telefon untuk membincangkan perkembangan terkini di Gaza dan usaha perantaraan untuk cuba menyelesaikan konflik Israel-Palestin.


Mereka bercakap sedang Menteri Ehwal Strategik Israel, Encik Ron Dermer, berada di Washington pada 26 Disember untuk membincangkan isu perang Gaza dan tebusan yang masih ditahan di wilayah itu.

Qatar dan Mesir sedang cuba melakar perjanjian kedua untuk mendapatkan pembebasan 129 tebusan yang ditahan di Gaza sebagai pertukaran menghentikan perang dan sekali gus diharap akan membawa kepada gencatan senjata yang kekal.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, pula menegaskan pada 26 Disember bahawa Angkatan Tentera Israel (IDF) bertekad meneruskan kempen ketenteraannya di Gaza sehingga ia memusnahkan Hamas.

Ketua Staf IDF, Encik Herzl Halevi, berkata perang boleh berlarutan selama berbulan-bulan lagi.

Dalam video yang dikeluarkan selepas melihat risikan satelit di Tel Aviv, Encik Netanyahu berkata:

“Kami mempunyai askar di darat. Kadangkala mereka juga berada di bawah tanah dan kami mempunyai mata di langit.

“Kami berkata kepada pengganas Hamas: kami melihat anda, dan kami akan mencari anda. Kami meneruskan peperangan, memperluas pertempuran di selatan Jaluran Gaza dan di tempat lain.

“Kami berjuang sehingga akhir dengan bantuan teknologi paling canggih.”

Di sebalik kata-kata Encik Netanyahu, Amerika sebaliknya menggesa Israel supaya mengalihkan kempen ketenteraannya di Gaza daripada intensiti tinggi kepada intensiti rendah.

Gesaan itu dibuat Encik Biden selepas beliau menerima tekanan daripada Parti Demokrat berhubung jumlah kematian orang awam yang tinggi di Gaza.

Hamas telah menegaskan bahawa kira-kira 21,000 rakyat Palestin telah terbunuh dek pengeboman dan serangan darat berterusan tentera Israel ke atas Gaza ekoran serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober di selatan Israel yang membunuh lebih 1,400 orang dan menahan 240 tebusan.

Encik Dermer dijangka bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, dan Penasihat Keselamatan Negara, Encik Jake Sullivan.

Encik Blinken juga telah menghubungi Encik Dermer menerusi telefon awal Disember. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >