Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden: Dasar AS mengenai Gaza bergantung tindakan Israel tangani krisis kemanusiaan

Apr 05, 2024 | 02:44 PM



WASHINGTON: Amerika Syarikat memberi teguran paling keras terhadap Israel pada 4 April sejak permulaan perangnya dengan Hamas.


Ia memberi amaran bahawa dasar Amerika mengenai Gaza akan ditentukan sama ada Israel mengambil langkah menangani keselamatan orang awam dan pekerja bantuan atau sebaliknya.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, memberitahu Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, bahawa Israel mesti mengambil tindakan segera bagi mengurangkan kemudaratan dan penderitaan orang awam, kata Rumah Putih selepas kedua-dua pemimpin bercakap melalui telefon.

Encik Biden turut memberitahu Encik Netanyahu, dalam panggilan sekitar 30 minit, bahawa gencatan senjata segera di rantau itu adalah penting.

Beliau menggesa Israel “supaya segera mencapai perjanjian tanpa berlengah-lengah” dengan Hamas untuk membawa pulang baki tebusan Israel yang masih ditahan Hamas sejak ia menyerang Israel pada 7 Oktober.

Kenyataan Rumah Putih mencerminkan perubahan mendadak dalam nada Encik Biden dan, buat kali pertama, Amerika meletakkan syarat bagi sokongan berterusannya terhadap Israel.

Gesaan dunia turut memuncak meminta Israel supaya menghentikan serangan terhadap orang awam di Gaza di mana perang Israel-Palestin sudah memasuki bulan keenam.

Encik Biden menzahirkan kekecewaannya bersama-sama dengan tekanan antarabangsa yang kian meningkat untuk menghentikan pembunuhan dan mengurangkan kelaparan dalam kalangan rakyat Palestin.

Encik Biden menjelaskan “terdapat keperluan bagi Israel mengumumkan dan melaksanakan satu siri langkah khusus, konkrit dan boleh diukur dalam menangani bahaya ke atas orang awam, penderitaan kemanusiaan dan keselamatan pekerja bantuan”, kata Rumah Putih dalam kenyataannya.

Beliau turut menjelaskan bahawa “dasar Amerika berkenaan dengan Gaza akan ditentukan oleh penilaian kami terhadap tindakan segera Israel ke atas langkah-langkah ini”, tambahnya.

Pada 1 April, Israel melancarkan serangan membunuh tujuh pekerja bantuan badan amal, World Central Kitchen (WCK), di Gaza.

Rumah Putih menyifatkan Encik Biden sebagai marah dan patah hati dengan serangan itu.

Sebelum panggilan pada 4 April itu, Encik Biden tidak membuat sebarang perubahan asas dalam sokongan padu Washington terhadap Israel dalam konfliknya menentang kumpulan Hamas Palestin.

Sementara itu, di Brussels, Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, menyeru Israel sebagai sebuah negara demokrasi, supaya meletakkan nilai tertinggi pada kehidupan manusia dan meningkatkan aliran bantuan ke Gaza.

Beliau menambah bahawa “serangan ngeri” ke atas pekerja WCK seharusnya tidak berulang lagi.

“Buat masa ini, tiada keutamaan yang lebih tinggi di Gaza selain melindungi orang awam, meningkatkan bantuan kemanusiaan dan memastikan keselamatan mereka yang memberikannya. Israel mesti melakukan kesemua ini,” kata Encik Blinken kepada pemberita.

Israel berkata hasil siasatan mengenai para pekerja WCK yang terbunuh itu dan serangan akibat kesilapan yang tidak disengajakan itu akan akan didedahkan kepada umum tidak lama lagi. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >