Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden harap gencatan senjata di Gaza jelang 4 Mac

Perjanjian mungkin termasuk pertukaran tebusan Israel dengan tahanan Palestin
Feb 27, 2024 | 01:49 PM



NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, berkata beliau berharap gencatan senjata di Gaza dapat dimulakan pada awal minggu depan.


Di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang semakin meningkat di wilayah Palestin itu, wakil dari Mesir, Qatar, Amerika, Perancis dan beberapa negara lain telah bertindak sebagai perantara bagi Israel dan Hamas untuk berusaha menghentikan pertempuran dan membebaskan tebusan Israel yang ditahan di Gaza.

Perjanjian juga mungkin termasuk pertukaran berpuluh-puluh tebusan Israel untuk digantikan dengan beberapa ratus tahanan Palestin yang ditahan Israel.

Ketika ditanya semasa beliau melawat New York bila perjanjian sedemikian mungkin bermula, Encik Biden menjawab: “Penasihat Keselamatan Negara saya memberitahu saya bahawa kita sudah dekat, kita dekat, kita belum selesai.”

“Harapan saya ialah pada Isnin depan (4 Mac) kita akan mengadakan gencatan senjata,” tambahnya.

Wakil daripada beberapa pihak, tidak termasuk penguasa Gaza, Hamas, bertemu di Paris pada 24-25 Februari dan “mencapai persefahaman... tentang bentuk asas perjanjian tebusan untuk gencatan senjata sementara,” kata Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik Jake Sullivan, memberitahu CNN pada 25 Februari.


Selepas mesyuarat Paris itu, pegawai pakar Mesir, Qatar dan Amerika akan bertemu pula di Doha dalam beberapa hari ini dalam rundingan yang turut dihadiri wakil Israel dan Hamas, kata media Mesir, dengan harapan dapat mencapai gencatan senjata sebelum Ramadan.

Sumber Hamas memberitahu AFP “beberapa pindaan baru” telah dicadangkan mengenai isu yang menjadi perbalahan, tetapi “Israel tidak mengemukakan sebarang pendirian substantif mengenai syarat gencatan senjata dan pengunduran tenteranya dari Jaluran Gaza”.


Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, telah menolak permintaan pengunduran tentera dan menyifatkannya sebagai “satu khayalan”.

Beliau berkata sebarang perjanjian gencatan senjata hanya akan menangguhkan pencerobohan tentera negaranya ke bandar Rafah di selatan Gaza, tempat kira-kira 1.4 juta rakyat Palestin mencari perlindungan.

Pada 26 Februari, seorang pegawai Israel yang tidak dinamakan memberitahu laman berita Ynet “arah (perundingan) positif”, dan media Israel melaporkan pegawai tentera dan perisikan negara itu telah menuju ke Qatar untuk perbincangan lanjut mengenai satu perjanjian.


Amir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, yang negaranya menjadi tuan rumah pemimpin Hamas dan membantu menyelesaikan gencatan senjata selama seminggu pada November 2023, dijadual ke Paris minggu ini, kata pegawai pejabat presiden Perancis.

Sheikh Tamim telah bertemu ketua Hamas, Encik Ismail Haniyeh, di Doha dan membincangkan usaha “bertujuan mencapai perjanjian gencatan senjata segera dan kekal” di Gaza, kata agensi berita rasmi Qatar.

Tindak balas tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 29,782 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Peperangan antara Israel dengan Hamas tercetus selepas Hamas melancarkan serangan ke atas Israel pada 7 Oktober 2023, mengorbankan 1,160 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan angka rasmi AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >