Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Biden hormat keputusan mahkamah, anak didapati salah dalam kes senjata api

Jun 12, 2024 | 11:19 AM
Joe Biden
Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, memeluk cucunya, Beau Biden, ketika menantunya, Cik Melissa Cohen Biden, dan anaknya, Hunter Biden, semasa tiba di Pangkalan Pengawal Kebangsaan Udara Delaware di New Castle, Delaware, sebaik keputusan dikeluarkan anaknya didapati bersalah dalam perbicaraan melibatkan senjata api. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyatakan beliau dan keluarga menerima keputusan kes anaknya, Hunter Biden, yang didapati bersalah atas semua tiga pertuduhan berkaitan pemilikan senjata api haram dan di bawah pengaruh dadah.

Dalam satu kenyataannya, Encik Biden berkata beliau akan menghormati proses kehakiman apabila anaknya mempertimbangkan rayuan.

Presiden Amerika itu sebelum ini berkata beliau tidak akan mengampuni anaknya sekiranya dia disabitkan kesalahan.

Hunter menjadi anak Presiden Amerika yang pertama disabitkan dengan kesalahan jenayah.

Keputusan juri, dicapai selepas kira-kira tiga jam berbincang, mengikuti perbicaraan selama seminggu di kampung halaman keluarga Encik Biden di Wilmington, Delaware.

Pada 11 Jun, Encik Biden dilihat tiba di Lapangan Terbang Wilmington, Delaware dan disambut Hunter sebaik keputusan dikeluarkan.

Keluarga Encik Biden dilihat berpelukan antara satu sama lain dan berbual seketika sebelum meninggalkan lapangan terbang dengan kenderaan berasingan.

Hunter dituduh membuat kenyataan palsu semasa membeli senjata api pada Oktober 2018 dan menyembunyikan ketagihan dadahnya pada masa itu.

Dia berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun.

Namun, tidak jelas seberat mana berat hukuman akan dijatuhkan oleh hakim yang bertanggungjawab, memandangkan Hunter tidak mempunyai rekod jenayah. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg