Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kes tembakan di kampus Nevada ragut 3 nyawa

Dec 07, 2023 | 02:53 PM



LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan seorang cedera parah akibat ditembak lelaki bersenjata di Universiti Nevada, Las Vegas, Amerika Syarikat pada 6 Disember.


Kejadian itu berlaku tidak jauh dari Las Vegas Strip, pusat perjudian yang sering dikunjungi pelancong dan menjadi lokasi terbaru kes keganasan senjata api di Amerika.

Syerif Kevin McMahill dari Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas mengesahkan dalam satu sidang akhbar dan berkata:

“Tiga daripada mangsa disahkan meninggal dunia.”

Beliau turut menyatakan bahawa mangsa keempat kini dalam keadaan cedera parah tetapi keadaannya mulai stabil.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dalam satu kenyataan, mengecam keras kejadian itu dan menyifatkan ia sebagai ‘jenayah keganasan senjata api yang mengerikan’ di kampus kolej tersebut.

Encik McMahill, dalam sidang akhbar yang sama, menjelaskan bahawa polis bertindak segera ‘dalam beberapa minit’ setelah menerima laporan tentang penembak aktif pada 11.45 pagi waktu tempatan.

Kejadian itu berlaku ketika pelajar sedang berkumpul di luar, menikmati makanan dan bermain Lego.

“Jika bukan kerana keberanian seorang pegawai polis yang bertindak cepat, mungkin lebih banyak nyawa akan hilang,” ujar Encik McMahill.

Encik Adam Garcia, Ketua Polis universiti tersebut, mendedahkan bahawa dua pegawai terlibat dalam kes tembak-menembak dengan suspek.

Suspek akhirnya ditembak mati.

Seorang saksi memberitahu stesen penyiaran tempatan, KVVU: “Saya mendengar beberapa letupan kuat sebelum saya melarikan diri ke sebuah bangunan di kampus, dan kemudian diselamatkan oleh polis.

“Saya baru sahaja bersarapan dan kemudian saya mendengar tiga letupan yang kuat, diikuti dua lagi.

“Polis muncul di lokasi dalam masa beberapa minit, tetapi tembakan masih kedengaran. Saya berlindung di ruang bawah tanah selama 20 minit,” katanya.

Las Vegas pernah menjadi lokasi salah satu kes tembakan besar-besaran yang paling berdarah pada 2017, di mana seorang lelaki bersenjata membunuh 60 orang di sebuah festival muzik.

Menurut Arkib Keganasan Senjata, Amerika telah merekodkan lebih 600 kes tembakan besar-besaran pada 2023.

Akhbar, Washington Post, melaporkan bahawa hingga 4 Disember, terdapat 38 kes tembakan besar-besaran di negara itu, dengan empat atau lebih mangsa terbunuh dalam setiap kes. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >