Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KETEGANGAN DI SEMPADAN UKRAINE-RUSSIA

Biden: AS, Jerman 'jalan sama langkah' berdepan Russia berkait isu Ukraine

Feb 09, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON/MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dalam satu pertemuan dengan Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz, berkata kedua-dua negara itu "berjalan sama langkah" untuk berhadapan dengan Russia berkaitan isu Ukraine.



"Kami sedang berusaha secara bersama untuk menghalang pencerobohan Russia di Eropah," serta dalam menghadapi "cabaran yang ditimbulkan China," kata Encik Biden di Rumah Putih.



Encik Scholz, dalam lawatan pertamanya ke Rumah Putih sejak mengambil alih daripada pemimpin Jerman, Cik Angela Merkel, berkata negara mereka adalah "sekutu terdekat dan bekerjasama dengan baik."



Pemimpin Jerman itu berkata antara tugas beliau dan Encik Biden termasuk "berjuang menentang pencerobohan Russia terhadap Ukraine".



"Jadi, ia adalah pertemuan penting pada masa yang sangat, sangat penting," ujarnya.



Sementara itu, Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, berkata beberapa cadangan yang dikemukakan rakan sejawatannya dari Perancis, Encik Emmanuel Macron, semasa satu perbincangan kelmarin boleh membentuk asas untuk meneruskan dialog berkaitan krisis Ukraine.



"Beberapa idea, cadangannya... mungkin menjadi asas buat langkah selanjutnya," kata Encik Putin selepas lebih lima jam berbincang dengan Encik Macron di Kremlin.



Beliau menambah:



"Kami akan melakukan segala-galanya untuk mencari tolak ansur yang sesuai dengan semua orang."



Beliau tidak memberi sebarang butiran tetapi berkata kedua-dua pemimpin itu akan bercakap melalui telefon selepas Encik Macron bertemu Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, yang dijadual semalam.



Encik Putin berkata beliau berterima kasih kepada Encik Macron atas usahanya mahu menyelesaikan kemelut keselamatan itu.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Macron atas usaha yang dilakukan Perancis untuk menyelesaikan isu berhubung kami dengan Nato (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara), untuk mewujudkan sekitaran mantap di benua Eropah, bagi menyelesaikan krisis di tenggara Ukraine," kata Encik Putin.



Presiden Russia itu menafikan negaranya bertindak agresif terhadap Ukraine atau pihak Barat.



"Bukan kami yang bergerak ke arah sempadan Nato," katanya.



Encik Macron terbang ke Moscow awal minggu ini dengan tujuan mahu mengurangkan kebimbangan pencerobohan Russia ke atas Ukraine yang pro-Barat.



Dengan lebih 100,000 tentera Russia berkumpul berhampiran sempadan Ukraine, Encik Macron adalah pemimpin tertinggi Barat pertama yang bertemu Encik Putin sejak kemelut bermula pada Disember. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >