Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden, Kamala gesa rakyat AS banteras masalah ketuanan kulit putih

Aug 29, 2023 | 02:39 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika, Encik Joe Biden dan pegawai tertinggi Rumah Putih dengan keras menyuarakan tentangan mereka terhadap isu ketuanan kulit putih dan menggesa rakyat Amerika Syarikat supaya bersatu menentang kebencian berikutan apa yang pihak berkuasa sifatkan sebagai pembunuhan bermotif perkauman terhadap tiga orang kulit hitam di Florida pada hujung minggu.


“Kita tidak boleh membiarkan kebencian bermaharajalela. Ia semakin menjadi-jadi,” kata Encik Biden pada Isnin ketika bercakap kepada pemimpin hak sivil termasuk keluarga Martin Luther King Jr., yang berkumpul sempena ulang tahunnya yang ke-60 di Washington.

Seorang lelaki bersenjata kulit putih berusia 21 tahun menembak dan membunuh tiga orang kulit hitam di kedai Dollar General di Jacksonville, Florida, pada Sabtu.

Penembak, Ryan Christopher Palmer, kemudiannya meninggal dunia akibat luka tembakan yang dilakukan sendiri.

Pihak berkuasa berkata penembak itu meninggalkan beberapa manifesto untuk media, ibu bapanya dan penguatkuasa undang-undang yang memperincikan kebenciannya terhadap orang kulit hitam.

Data terkini Biro Siasatan Federal (FBI) pada Mac menunjukkan kes jenayah kebencian di Amerika melonjak hampir 12 peratus pada 2021 dengan majoriti didorong oleh isu kebencian kaum atau etnik.

Naib Presiden, Cik Kamala Harris memberi amaran bahawa “ada mereka yang sengaja cuba memecahbelahkan kita sebagai sebuah negara”.

Rakyat Amerika mempunyai “kewajipan untuk tidak membiarkan puak-puak ini menghancurkan perpaduan kita,” katanya.

Ketuanan kulit putih “tiada tempat di Amerika,” kata jurucakap Rumah Putih, Cik Karine Jean-Pierre, kepada pemberita pada Isnin.

“Sejak 60 tahun lalu negara ini telah melangkah jauh” untuk memerangi perkauman dan ideologi ketuanan kulit putih,” kata Encik Stephen Benjamin, Pengarah Pejabat Penglibatan Awam Rumah Putih.

Beliau berkata Encik Biden telah bercakap dengan Datuk Bandar Jacksonville dan polis mengenai kejadian tembakan itu.

“Terdapat sekumpulan orang yang bersikap melampau cuba memadamkan sejarah,” kata Encik Biden sambil merujuk kepada percubaan gabenor Republikan Florida, Encik Ron DeSantis, untuk mengubah cara soal perhambaan diajar di sekolah-sekolah awam dengan cara meminimumkan kekejaman.

Encik Benjamin berkata adalah penting untuk mengajar para pelajar mengenai sejarah negara.

“Saya tidak fikir langkah menulis semula sejarah Amerika adalah salah tetapi kita juga perlu menggalakkan anak-anak kita dan mereka dalam kalangan kita untuk tidak bersandar kepada masa lalu yang indah dan juga menyakitkan tentang rupa sejarah kita dan menggalakkan orang ramai supaya maju bersama-sama,” kata Encik Benjamin. – Reuters​.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >